CEO Stadium Malaysia didakwa terima, minta rasuah lebih RM1 juta

June 18, 2026 · Isu semasa

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Ilyas Jamil mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini terhadap tujuh pertuduhan meminta dan menerima rasuah melebihi RM1 juta berkaitan tender projek menaik taraf Pusat Skuasy Nasional di Bukit Jalil.

Ilyas, 42, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.

“Saya faham semua pertuduhan. Saya tidak mengaku salah,” katanya ketika ditanya mengenai pertuduhan yang dikenakan.

Mengikut pertuduhan, beliau didakwa meminta suapan RM1.005 juta daripada seorang kontraktor, Yap Yeow Kuen, sebagai dorongan untuk melantik Aerolux Power Constructions Sdn Bhd sebagai syarikat yang berjaya memperoleh tender Projek Menaik Taraf Gelanggang dan Kemudahan Sukan di Pusat Skuasy Nasional, Kuala Lumpur Sports City, Bukit Jalil.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat PSM di Sri Petaling pada 24 Februari lalu.

Selain itu, beliau turut berdepan enam pertuduhan menerima suapan berjumlah RM450,000 daripada individu yang sama bagi tujuan berkaitan projek bernilai RM8.73 juta tersebut.

Kesalahan berkenaan didakwa dilakukan antara 25 Februari hingga 13 April lalu di pejabat PSM di Sri Petaling serta sebuah restoran di Pavilion Bukit Jalil.

Semua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Nuralis Mat memohon mahkamah menetapkan jaminan RM200,000 dengan seorang penjamin selain syarat tambahan termasuk menyerahkan pasport, melapor diri ke pejabat SPRM setiap bulan dan tidak mengganggu saksi pendakwaan.

Menurutnya, kedudukan tertuduh, keseriusan pertuduhan serta risiko melarikan diri perlu diambil kira oleh mahkamah.

Bagaimanapun, peguam bela, Yusmadi Yusoff memohon jumlah jaminan yang lebih rendah dengan alasan anak guamnya kini berdepan kesukaran kewangan selepas digantung kerja dan tidak mempunyai sumber pendapatan untuk menyara keluarga.

Yusmadi turut memaklumkan Ilyas telah memberi kerjasama penuh sepanjang siasatan termasuk menyerahkan dokumen berkaitan, akuan bersumpah dan laporan polis.

Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, mahkamah membenarkan Ilyas diikat jamin sebanyak RM100,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 27 Julai ini untuk sebutan semula kes.

Kes berkenaan menjadi tumpuan susulan usaha berterusan SPRM membanteras rasuah dalam pengurusan projek dan perolehan awam, khususnya yang melibatkan agensi kerajaan serta badan berkanun.

Berita berkaitan
21 saksi selesai beri keterangan dalam kes rasuah bekas MB Perlis
June 19, 2026· Politik
SPRM mohon sekat Na’imah urus aset Jersey, pendengaran Ogos ini
23 jam lalu· Isu semasa
Kes SPRM beku akaun: Mahkamah tolak permohonan semakan kehakiman Bersatu
23 jam lalu· Politik
13 individu direman, SPRM bongkar sindiket rasuah RM2.5 juta
June 17, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
PRN: Balik mengundi naik ETS, KTMB tambah tren ke Johor
June 19, 2026 · Isu semasa
Malaysia naik ke tangga 15 daya saing dunia, bukti langkah kerajaan berhasil: PMX
June 19, 2026 · Isu semasa
Di Kazan, Anwar nyata pendirian Malaysia pertahan keamanan dunia
21 jam lalu · Isu semasa
Sambutan Hari Peneroka ditangguh atas permintaan kerajaan Johor sendiri? – Sumber
June 17, 2026 · Isu semasa
Harga diesel turun 30 sen, subsidi kerajaan cecah RM3.5 bilion sebulan
June 17, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok