CTPR: MCMC perkukuh kapasiti kawal selia digital Malaysia, ASEAN

1 jam lalu · Isu semasa

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menganjurkan edisi pertama Converged Telecommunications Policy and Regulations (CTPR) Masterclass 2026 di Sarawak bagi memperkukuh pembangunan kapasiti dasar serta kawal selia digital di Malaysia dan ASEAN.

MCMC berkata dalam kenyataan, program selama lima hari bermula hari ini hingga 31 Julai di Hotel Pullman Kuching itu dianjurkan menerusi kerjasama strategik bersama Multimedia University (MMU), GSMA serta MMU CNERGY.

Menurut MCMC, program itu menjadi platform kepada kerajaan, pengawal selia, pembuat dasar serta pemain industri untuk meningkatkan kefahaman mengenai teknologi baharu.

“Program ini turut memberi tumpuan kepada pembangunan rangka kerja dasar serta kawal selia yang lebih tangkas, neutral teknologi dan bersedia menghadapi masa depan bagi menggalakkan inovasi, memudahkan pelaburan, meningkatkan daya tahan digital serta memperkukuh keyakinan pengguna,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, MCMC berkata pembangunan kapasiti kawal selia dan kepimpinan menjadi semakin penting seiring perkembangan teknologi digital yang kian bersepadu merangkumi telekomunikasi, penyiaran, platform dalam talian, kecerdasan buatan (AI), pengkomputeran awan serta komunikasi satelit.

Program yang mengangkat tema ‘Enabling the Next Wave of Connectivity and Multimedia: From 5G and AI to Satellite and Beyond – Policies for Future Digital Growth’ itu dirasmikan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Julaihi Narawi.

Menurut MCMC, penganjuran edisi sulung di Sarawak mencerminkan kepentingan negeri itu dalam agenda transformasi digital negara hasil pelaburan berterusan terhadap infrastruktur digital, kesalinghubungan serta inovasi.

Langkah itu juga katanya bagi menunjukkan komitmen Kerajaan Persekutuan bersama Kerajaan Sarawak dalam membangunkan bakat digital, meningkatkan kecemerlangan kawal selia serta mempercepat transformasi digital secara inklusif.

Penganjuran program itu menyaksikan himpunan pengawal selia, pegawai kerajaan, pembuat dasar, syarikat telekomunikasi, syarikat teknologi, ahli akademik serta profesional industri dari Malaysia dan negara anggota ASEAN.

Penyertaan itu membuka ruang untuk bertukar pengalaman, berkongsi amalan terbaik kawal selia selain mengukuhkan kerjasama serantau bagi menghadapi cabaran hasil perkembangan teknologi, kata MCMC

MCMC berkata, peserta akan mengikuti sesi pembelajaran eksekutif serta perbincangan interaktif bersama pakar tempatan dan antarabangsa.

“Antara topik dibincangkan ialah kawal selia konvergen, tadbir urus AI, Open RAN, teknologi 6G, komunikasi satelit, pengurusan spektrum pintar, keselamatan siber, tadbir urus data, ekonomi infrastruktur, amalan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) serta transformasi digital mampan.

“Program ini dirangka bagi membekalkan pengetahuan praktikal, amalan terbaik antarabangsa serta pandangan strategik kepada peserta dalam merangka pendekatan kawal selia berasaskan bukti bagi menyokong inovasi, pelaburan mampan serta pertumbuhan ekosistem komunikasi dan digital,” katanya.

CTPR Masterclass diperkenalkan pada 2015 dan kini diiktiraf sebagai program pembangunan eksekutif serantau dalam bidang dasar komunikasi, kawal selia digital serta teknologi baharu.

Hampir 400 pengawal selia, pembuat dasar, pegawai kerajaan, ahli akademik serta profesional industri dari Malaysia dan ASEAN sudah menyertai program itu.

Menurut MCMC, CTPR Masterclass 2026 akan diteruskan di Kuala Lumpur serta Pulau Pinang selepas selesai edisi Sarawak.

Inisiatif itu dijangka memperluaskan peluang pembangunan profesional, di samping mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan serantau dalam pembangunan dasar digital, keupayaan kawal selia serta kepimpinan sektor komunikasi.

 

Berita berkaitan
MCMC perkukuh penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi Program MADANI Kita
July 25, 2026· Isu semasa
MCMC siasat kandungan hina Islam di Facebook
July 25, 2026· Isu semasa
Teknologi perlu selamat, adil dan dipercayai
July 22, 2026· Isu semasa
MCMC rekod lebih 377,000 permohonan turunkan kandungan bahaya tahun ini
July 22, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
RCI Tabung Haji: Kerajaan buat keputusan Rabu ini
1 jam lalu · Isu semasa
Jangan heret istana dalam politik : Istana Negeri Sembilan
3 jam lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka tinggi menjelang PRN Negeri Sembilan: Bernama
7 jam lalu · Isu semasa
Tiada pemimpin boleh hina mana-mana kaum, PM ingatkan Sanusi
July 25, 2026 · Isu semasa
Anwar yakin Kabinet setuju dedah laporan RCI Tabung Haji
July 25, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Khaled Nordin lekeh Bersatu macam budak-budak, banyak mana pengalaman dia dengan saya?
8 jam lalu
[VIDEO] Nasir Rahman tekad bantu peniaga dan anak muda Bagan Pinang jika dipilih
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok