Cuti umum sempena Hari Wesak dan Keputeraan Agong: KESUMA

May 5, 2026 · Isu semasa

Kerajaan mengesahkan dua tarikh penting sebagai hari kelepasan am iaitu Hari Wesak pada 31 Mei dan Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong pada 1 Jun ini, menurut kenyataan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).

Dalam kenyataan itu, KESUMA menjelaskan cuti sempena Hari Keputeraan Agong merupakan antara lima hari kelepasan am wajib yang perlu diberikan oleh majikan kepada pekerja sektor swasta di Semenanjung Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan Labuan.

“Cuti ini diperuntukkan di bawah Akta Kerja 1955 dan tidak boleh diganti pada hari lain,” menurut kementerian berkenaan.

Sebaliknya, Hari Wesak dikategorikan sebagai cuti umum berbayar yang boleh dipilih oleh majikan bagi melengkapkan enam hari kelepasan am berbayar yang diwajibkan setiap tahun.

KESUMA turut menjelaskan sekiranya mana-mana cuti umum jatuh pada hari rehat mingguan, maka hari bekerja berikutnya perlu dijadikan cuti gantian berbayar.

“Jika hari kelepasan am jatuh pada hari rehat mingguan, majikan wajib menggantikannya pada hari bekerja berikutnya,” katanya.

Dalam situasi tertentu, majikan yang menetapkan Ahad sebagai hari rehat mingguan dan memilih Hari Wesak sebagai cuti umum perlu memberikan cuti pada 1 Jun bagi sambutan Hari Keputeraan Agong, manakala 2 Jun sebagai cuti gantian untuk Hari Wesak.

Namun, tarikh cuti gantian boleh diubah dengan persetujuan pekerja selaras dengan undang-undang.

Mengikut peruntukan Akta Kerja 1955, pekerja yang bergaji RM4,000 ke bawah atau termasuk dalam kategori tertentu yang diarahkan bekerja pada hari kelepasan am layak menerima bayaran tambahan mengikut kadar yang ditetapkan.

Hari Wesak merupakan perayaan penting bagi penganut Buddha yang memperingati kelahiran, pencerahan dan kewafatan Siddharta Gautama, manakala sambutan Hari Keputeraan Agong pula adalah acara rasmi tahunan bagi menghormati Ketua Utama Negara.

KESUMA menegaskan semua majikan perlu mematuhi peruntukan undang-undang berkaitan bagi memastikan kebajikan pekerja sentiasa terpelihara.

Berita berkaitan
Chegubard dipenjara empat bulan kes fitnah: Laporan
October 28, 2026· Politik
Buli siber, kandungan palsu tidak boleh dinormalisasikan: MCMC
October 19, 2026· Isu semasa
Agong tegur budaya menghina di media sosial
October 17, 2026· Isu semasa
Jordan-Malaysia mahu perkukuh kerjasama pertahanan
October 12, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Polis siasat wanita didakwa kasari dua kanak-kanak di pusat beli-belah: Bernama
6 jam lalu · Isu semasa
Isu curi kandungan, Fahmi minta buat laporan kepada Majlis Media
6 jam lalu · Isu semasa
RM259.5 juta tunggakan projek luar bandar perlu dilunaskan: Zahid
13 jam lalu · Isu semasa
Dana kerajaan mesti sampai kepada rakyat, bukan bocor: PMX
13 jam lalu · Isu semasa
25 aduan petrol bercampur air di Perak: KPDN
15 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
16 jam lalu
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok