Harga mingguan minyak.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengambil serius mengenai dakwaan tular dalam media sosial yang mempersoalkan kuantiti dan kualiti minyak RON95 yang diterima pengguna berikutan pelaksanaan inisiatif subsidi bersasar Budi MADANI RON95 (BUDI95).
Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Azman Adam, mengesahkan kementeriannya telah menerima arahan daripada Menterinya, Armizan Mohd Ali, untuk melaksanakan tindakan segera dan menyeluruh bagi menyiasat dakwaan tersebut.
“Kami komited untuk menyiasat isu ini dengan telus bagi memastikan hak pengguna sentiasa terpelihara,” katanya dalam kenyataan.
Sehingga kini, KPDN telah menerima enam aduan rasmi berkaitan dakwaan kekurangan kuantiti minyak RON95, manakala tiada aduan khusus mengenai kualiti rendah yang dicatatkan.
“Pegawai penguat kuasa KPDN telah menjalankan siasatan awal, termasuk pemeriksaan di pam minyak dan semakan rekod jualan. Hasil siasatan mendapati tiada pelanggaran undang-undang setakat ini,” tambahnya.
“Pelaksanaan BUDI95 tidak melibatkan sebarang perubahan terhadap kuantiti atau kualiti petrol RON95 yang dijual kepada orang awam,” katanya lagi.
Bagaimanapun, operasi pemantauan berterusan akan dilaksanakan, merangkumi pengambilan sampel secara rawak dan ujian ketepatan sukatan bagi memastikan pematuhan.
KPDN juga mengeluarkan amaran keras kepada mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan.
Syarikat boleh dikenakan denda maksimum RM250,000 bagi kesalahan pertama, manakala individu boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya sekali, di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau aduan digalakkan untuk membuat laporan rasmi kepada KPDN.
“Setiap aduan yang diterima akan diambil tindakan dengan segera,” tegasnya lagi.
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
Agong perkenan darurat jerebu di Serian: PMO
Kes MEX II: DNAA Abu Sahid, isteri ditolak mahkamah
Pegawai IT lesap RM20,000 ditipu tawaran ‘cash out’ BNPL
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum