Dakwaan tutup sekolah pondok adalah berita palsu, aduan sudah diterima MCMC

October 24, 2025 · Isu semasa

Kementerian Komunikasi menegaskan dakwaan mengatakan kerajaan berhasrat menutup sekolah pondok tidak berdaftar di Kedah dan Kelantan adalah satu berita palsu yang tidak berasas sama sekali.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mendedahkan isu tersebut telah tular di media sosial dan kerajaan mengambil perhatian serius berhubung penghasilan berita palsu oleh pihak tidak bertanggungjawab yang mahu mencetuskan sentimen kebencian.

“Semalam telah dimaklumkan kepada saya mengenai satu berita palsu yang telah tular di media sosial yang mendakwa kononnya pihak kerajaan berhasrat untuk menutup sekolah-sekolah pondok yang tidak berdaftar di Kedah dan Kelantan,” Fahmi semasa sidang media mingguan hari ini.

Beliau juga berkata kenyataan rasmi sudah dikeluarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang telah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut.

Fahmi juga memaklumkan aduan mengenai penyebaran berita ini telah dipanjangkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk siasatan lanjut.

“Aduan telah dipanjangkan kepada pihak MCMC untuk mengenal pasti mereka yang terlibat dalam menyebar, menghasilkan dan menyebar berita palsu ini,” tegasnya.

Fahmi turut mengingatkan orang ramai mengenai perbuatan menyebarkan berita palsu adalah satu kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Beliau menyarankan agar orang ramai sentiasa berhati-hati dan prihatin dengan sebarang kandungan yang diterima, terutamanya di platform media sosial.

“Sukacita saya ingatkan bahawa penyebaran berita palsu itu adalah satu kesalahan berdasarkan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. Jadi saya pohon supaya kita sentiasa berhati-hati dengan kandungan yang disebar terutama dalam media sosial,” ujarnya.

Beliau mengakhiri pesanan dengan menyeru orang ramai supaya sentiasa mengesahkan kesahihan sebarang berita atau maklumat yang diterima dengan merujuk kepada sumber media arus perdana yang sah dan dipercayai sebelum membuat sebarang perkongsian.

Berita berkaitan
Fahmi: Jangan berhenti, perjuangan rakyat mesti diteruskan
8 jam lalu· Politik
Ulama tampil bincang RCI Tabung Haji, gesa amanah pendeposit dibela
9 jam lalu· Isu semasa
1,098 Pusat NADI sasar pecah rekod MBOR dalam program Senam Sihat MADANI
15 jam lalu· Isu semasa
Doktor terpedaya pelaburan online, rugi RM558,000
17 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
AUKU mansuh, Anwar mahu mahasiswa bebas bersuara
15 jam lalu · Isu semasa
Anak nafi dakwaan tular Abdul Azeez ditahan SPRM
17 jam lalu · Isu semasa
Karnival Internet Selamat himpunkan lebih 500 penduduk Kalabakan
August 15, 2026 · Isu semasa
Lapan penerbangan dilencongkan selepas insiden helikopter di Subang
August 15, 2026 · Isu semasa
Empat bekas pengurusan kanan TH ditahan SPRM: Laporan
August 15, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
8 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok