Dana Inovasi Media dibuka Januari 2026, peruntukan RM30 juta: Fahmi

December 18, 2025 · Isu semasa

Dana Inovasi Media berjumlah RM30 juta akan dibuka bagi fasa pertama bermula 1 hingga 14 Januari 2026, sebagai usaha mempercepat transformasi industri media negara agar kekal relevan, berdaya saing dan berdaya tahan.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, pembukaan dana itu selari dengan aspirasi Malaysia Madani dan susulan pengumuman Perdana Menteri sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) tahun ini.

“Dana Inovasi Media diwujudkan untuk menggalakkan penghasilan kandungan yang kreatif, interaktif dan berimpak tinggi, di samping memperkasa kompetensi pengamal media melalui latihan,” katanya semasa sidang mingguan hari ini.

Menurut Fahmi, dana itu turut menyokong transformasi industri media menerusi pembangunan projek inovatif merangkumi kandungan, teknologi media dan strategi digital, selain memperkukuh daya saing organisasi media dalam menyampaikan maklumat yang tepat, relevan dan bermanfaat kepada rakyat.

Beliau menjelaskan, permohonan dana terbuka kepada syarikat atau organisasi media tempatan yang berdaftar dengan Jabatan Penerangan Malaysia, serta mempunyai kakitangan pemegang kad perakuan media yang aktif.

Dana berkenaan meliputi empat skop utama.

Pertama, latihan pekerja media sama ada melalui penganjuran latihan dalaman, penyertaan kursus anjuran pihak luar atau gabungan kedua-duanya.

Kedua, perisian dan adaptasi teknologi termasuk pembelian atau sewaan perisian yang diperakukan bagi penghasilan kandungan berkualiti tinggi, selaras dengan perkembangan teknologi global seperti kecerdasan buatan (AI).

Ketiga, pembelian atau sewaan peralatan, perkakasan dan kemudahan sokongan termasuk peralatan studio dan rakaman bagi menyokong penghasilan kandungan berkualiti.

Keempat, penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang merangkumi penghasilan kandungan serta adaptasi teknologi AI dan inovasi digital terkini.

“Bagi memastikan penyaluran dana ini dilaksanakan secara berintegriti dan berkesan, syarat kelayakan ditetapkan dengan jelas,” katanya.

Permohonan boleh dibuat menerusi laman sesawang www.komunikasi.gov.my bermula 1 Januari 2026.

Fahmi berkata, sekiranya perlu, fasa seterusnya akan diumumkan kemudian.

Berita berkaitan
AI hanya alat, bukan pengganti pengkarya: Fahmi
6 jam lalu· Isu semasa
Penjawat awam rugi RM342,400 terperdaya phone scam
22 jam lalu· Isu semasa
Kempen Internet Selamat tarik ribuan pengunjung di bazar Ramadan
March 9, 2026· Isu semasa
MCMC tidak boleh paksa platform media sosial tutup akaun
March 9, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
MP DAP gesa tindakan tegas berhubung isu hina simbol agama
6 jam lalu · Isu semasa
Malaysia pantau konflik Asia Barat, nilai kesan terhadap ekonomi: Akmal Nasrullah
6 jam lalu · Isu semasa
27 barangan dikawal sempena Aidilfitri
21 jam lalu · Isu semasa
Mufti Perlis bimbang pengaruh gerakan Hindutva menular, punca provokasi kaum
22 jam lalu · Isu semasa
Ringgit lemah walaupun harga minyak naik
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok