Dewan Negara lulus pindaan Akta MCMC, ahli politik tak lagi boleh jadi pengerusi

August 3, 2026 · Isu semasa

Dewan Negara pada Isnin meluluskan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2026 yang antara lain melarang ahli politik dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Rang undang-undang itu diluluskan menerusi undi suara selepas dibahaskan oleh 11 senator dan bertujuan memperkukuh tadbir urus, peranan serta fungsi MCMC sebagai badan pengawal selia industri komunikasi dan multimedia negara.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata pindaan tersebut dibuat bagi memastikan pelantikan pengerusi MCMC lebih bebas, telus dan berasaskan kelayakan, sekali gus mengehadkan kuasa menteri dalam proses pelantikan.

“Pengerusi tidak boleh terdiri daripada anggota badan perundangan. Ahli Parlimen tidak boleh, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) juga tidak boleh. Pindaan ini bagi memastikan kuasa menteri dalam membuat pelantikan dihadkan supaya individu yang dilantik benar-benar berkelayakan,” katanya ketika menggulung perbahasan.

Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan MCMC terus memperhebat usaha membanteras kandungan perjudian dalam talian apabila sebanyak 222,257 kandungan berkaitan aktiviti itu telah diturunkan sehingga 31 Julai tahun ini.

Menurutnya, kandungan tersebut dipadamkan sama ada atas permintaan MCMC atau secara sukarela oleh penyedia platform media sosial.

Katanya, sepanjang tempoh 2022 hingga 31 Julai tahun ini juga, sebanyak 6,982 laman sesawang perjudian telah disekat.

“Kegiatan perjudian berada di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM), manakala MCMC memberikan bantuan teknikal, analisis forensik digital serta menyekat akses berdasarkan permintaan rasmi agensi penguat kuasa,” katanya.

Semasa membahaskan rang undang-undang itu, Abdul Halim Suleiman berkata sektor komunikasi dan multimedia kini bukan lagi sekadar pemacu ekonomi, malah menjadi infrastruktur strategik negara yang memerlukan kawal selia lebih mantap.

“Kejayaan pindaan ini tidak hanya bergantung kepada kuasa yang diperuntukkan oleh undang-undang, tetapi juga kepada keupayaan MCMC melaksanakan fungsi tersebut secara profesional, telus dan berkesan demi melindungi kepentingan rakyat,” katanya.

Muhammad Hasbie Muda pula berkata pelantikan anggota suruhanjaya perlu dibuat berdasarkan kepakaran dan merit bagi memastikan setiap kuasa yang diberikan dilaksanakan secara berintegriti serta boleh dipertanggungjawabkan.

RUU itu sebelum ini diluluskan Dewan Rakyat pada 15 Julai lalu. Ia mengandungi 17 fasal termasuk pindaan kepada Seksyen 16 Akta 589 bagi memperjelaskan fungsi MCMC dalam membangunkan dan mengawal selia piawaian infrastruktur serta platform digital.

Pindaan berkenaan dilihat selari dengan usaha kerajaan memperkukuh kerangka kawal selia sektor komunikasi dan multimedia, selain memastikan MCMC beroperasi dengan lebih bebas dan profesional dalam menghadapi cabaran ekosistem digital yang semakin berkembang.

Berita berkaitan
56,304 kandungan palsu diturunkan sejak 2023
3 jam lalu· Isu semasa
Penipuan dalam talian: Selangor catat kerugian tertinggi
October 25, 2026· Isu semasa
Jangan serah keselamatan digital anak kepada platform semata-mata
October 24, 2026· Isu semasa
Dana Inovasi Media: Fahmi mahu AI bantu wartawan, bukan ganti mereka
October 24, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
44 transaksi RM1 juta berkait rasuah pekerja asing, lima individu ditahan SPRM
4 jam lalu · Isu semasa
Tiada bukti syarikat Malaysia cetus kebakaran hutan Indonesia: Arthur
4 jam lalu · Isu semasa
Kes saman RM1.9 juta: Najib dibenar hadir prosiding lawan Tommy Thomas
4 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan sudah bayar RM42.5 bilion hutang 1MDB, berbaki RM8.9 bilion
6 jam lalu · Isu semasa
Parlimen: RUU tahanan di rumah hampir siap diteliti KDN, AGC
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok