Dewan Rakyat lulus peruntukan JPM, tujuh kementerian

November 6, 2026 · Isu semasa

Peruntukan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan tujuh kementerian diluluskan di peringkat jawatankuasa Dewan Rakyat selepas selesai sesi perbahasan, penggulungan serta pengundian majoriti bagi Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2027 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2027.

Kelulusan itu menjadi antara perkembangan utama sepanjang minggu kelima persidangan Dewan Rakyat yang turut menyaksikan isu keselamatan negara, ketidaktentuan geopolitik global dan kontroversi peruntukan projek pembangunan Jalan Luar Bandar (JALB) mendapat perhatian Ahli Parlimen.

Tujuh kementerian terbabit ialah Kementerian Kewangan, Kementerian Luar, Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Ekonomi, Kementerian Perladangan dan Komoditi, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Bagi JPM pula, kelulusan melibatkan portfolio Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Hal Ehwal Agama, Hal Ehwal Sabah dan Sarawak serta Wilayah Persekutuan.

Selain perbahasan belanjawan, tahap kesiapsiagaan negara menghadapi ketegangan geopolitik dan konflik antarabangsa turut menjadi perhatian, khususnya berkaitan kemungkinan kesannya terhadap keselamatan serta kestabilan ekonomi Malaysia.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan terus memperkukuh kesiapsiagaan negara menghadapi ancaman keselamatan global, termasuk memastikan bekalan makanan, air dan tenaga mencukupi serta tidak terganggu.

Kerajaan turut menggariskan lima pendekatan utama, termasuk memperkukuh penyelarasan antara kementerian dan agensi, meningkatkan latihan serta simulasi kecemasan, melindungi infrastruktur strategik dan mempertingkat kesiapsiagaan rakyat.

Dalam perkembangan lain, isu peruntukan projek JALB menjadi perbahasan hangat khususnya dalam kalangan Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak yang mahukan penjelasan mengenai dakwaan percanggahan kenyataan antara KKDW dengan Kementerian Kewangan (MOF).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Mustapha Sakmud menjelaskan projek berkenaan tidak dibatalkan, sebaliknya ditangguhkan bagi membolehkan semakan serta penyelarasan semula siling peruntukan.

Beliau turut berpandangan perkara berkaitan dasar dan pelaksanaan projek sepatutnya dibincangkan terlebih dahulu dalam Jemaah Menteri bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Kontroversi itu turut mendorong Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul meminta Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi memberikan penjelasan berhubung dakwaan percanggahan kenyataan mengenai projek berkenaan.

Dalam surat bertarikh 4 November, Johari meminta Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah memberikan penjelasan selewat-lewatnya 12 November ini.

Permintaan itu susulan usul Ahli Parlimen Kampar, Chong Zhemin untuk merujuk Ahli Parlimen Bagan Datuk berkenaan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen di bawah Peraturan Mesyuarat 36(12), atas dakwaan mengeluarkan kenyataan mengelirukan Dewan.

Sementara itu, Johari turut menegur anggota pentadbiran supaya hadir lebih awal ke Dewan Rakyat dan tidak hanya muncul apabila tiba giliran menjawab soalan.

Teguran itu dibuat selepas berlaku insiden soalan Ahli Parlimen tidak dapat dijawab susulan ketidakhadiran pihak berkaitan.

Menurut takwim Parlimen, perbahasan Belanjawan 2027 di peringkat jawatankuasa akan berlangsung sehingga 26 November ini, dengan baki 20 kementerian dijadual menyelesaikan sesi penggulungan masing-masing.

Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke-15 berlangsung selama 37 hari sehingga 8 Disember ini.

Berita berkaitan
Jangan pertahan pemimpin rasuah kerana sebangsa: Mat Sabu
November 21, 2026· Politik
Perdagangan Malaysia cecah RM436.61 bilion, rekod tertinggi dalam sejarah
November 20, 2026· Isu semasa
Isu Ahmad Maslan: Aziz Bari persoal prinsip tanggungjawab Kabinet, wajar letak jawatan
November 20, 2026· Politik
Anwar pertahan sokongan kepada Xi meskipun berdepan tekanan
November 20, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kes dadah TUDM: Kabinet akan bincang kawalan keselamatan pangkalan udara
10 jam lalu · Isu semasa
Penempatan Rohingya: Media antarabangsa lapor kerajaan Turkiye nafi kenyataan Zahid
10 jam lalu · Isu semasa
Penjara terlebih kapasiti, hampir 25,000 banduan dibebas secara lesen
10 jam lalu · Isu semasa
Lima syarikat Bumiputera berjaya disenaraikan di Bursa Malaysia
10 jam lalu · Isu semasa
Eksekutif rugi RM617,000 diperdaya pelaburan aksesori kereta
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok