Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki.
Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki menyifatkan kecaman dan persepsi negatif terhadap dirinya tidak pernah menjejaskan ketenangan hidup mahupun fokus beliau dalam menjalankan tugas.
Azam, yang sudah hampir empat dekad terlibat dalam gerakan antirasuah, berkata beliau memilih untuk terus melangkah ke hadapan tanpa melayan tekanan luar, walaupun SPRM sering menjadi tumpuan awam, terutama ketika mengendalikan kes rasuah berprofil tinggi.
Menurutnya, pada usia 62 tahun, beliau tidak mudah terkesan dengan tohmahan yang dilemparkan bertubi-tubi terhadap dirinya dan suruhanjaya yang diterajui.
Malah, beliau menafikan dakwaan kononnya tekanan itu memberi kesan kepada kesihatan atau emosinya.
“Saya boleh tidur malam peluk bini saya. Saya tak makan ubat pun. Saya buat kerja saya. Apa yang diberikan kuasa kepada saya dan tanggungjawab saya,” katanya ketika menjadi tetamu podcast Borak Harini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas persepsi segelintir pihak yang mempertikaikan kebebasan SPRM dalam menyiasat kes rasuah, walaupun siasatan dan tangkapan melibatkan tokoh politik berprofil tinggi telah dilakukan, termasuk bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Shamsul Iskandar Mohd Akin, yang ditahan pada November lalu.
Shamsul Iskandar kemudiannya didakwa di Mahkamah Sesyen pada 4 Disember atas pertuduhan bersetuju menerima suapan RM100,000 daripada seorang ahli perniagaan bagi membantu mendapatkan kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah.
Mengulas lanjut, Azam berkata SPRM tidak boleh bertindak berdasarkan sentimen awam semata-mata, sebaliknya berpegang kepada undang-undang dan prosedur sedia ada.
“Keputusan yang kita buat ini berdasarkan undang-undang, berdasarkan panduan dan apa yang kita fikir betul. Bukan berdasarkan siapa suka atau tidak,” katanya.
Beliau turut menegaskan isu kebebasan SPRM tidak seharusnya dipertikaikan kerana suruhanjaya itu dipantau oleh lima jawatankuasa bebas, selain keputusan pendakwaan ditentukan oleh Jabatan Peguam Negara berdasarkan hasil siasatan.
Dalam nada santai tetapi tegas, Azam turut berkongsi prinsip hidupnya yang menolak budaya menangguhkan kerja, sambil menyifatkannya sebagai penghalang utama kejayaan.
“Manusia tidak akan berjaya kalau hidupnya bertangguh. Itu prinsip hidup saya,” katanya.
1.88 juta rakyat nikmati manfaat MySalam: Fahmi
J-KOM buat laporan polis terhadap Albert Tei buat kecoh di kementerian
Kadar pengangguran naik sedikit pada April: DOSM
Cucu dedah dakwa dirogol, warga emas direman enam hari
Malaysia teroka sumber minyak baharu, utamakan kesesuaian fasiliti tempatan
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi