Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tun Dr Mahathir Mohamad dibenarkan pulang dan bermalam di kediamannya di The Mines selepas kira-kira sebulan menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) susulan kecederaan patah tulang pinggul kanan.
Menurut Setiausaha Akhbarnya, Sufi Yusoff, Dr Mahathir bagaimanapun masih perlu kembali ke IJN pada waktu siang bagi meneruskan rawatan serta pemantauan rapi oleh pasukan perubatan.
“Setakat ini, pasukan perubatan di IJN berpuas hati dengan tahap kemajuan pemulihan kesihatan serta tindak balas beliau terhadap rawatan dan fisioterapi yang diberikan,” katanya dipetik laporan media.
Walaupun sudah dibenarkan pulang secara berperingkat, keadaan kesihatannya masih dipantau secara teliti.
Pihak pakar turut menasihatkan supaya beliau tidak menerima pelawat selain ahli keluarga terdekat buat sementara waktu bagi memastikan proses pemulihan berjalan lancar.
Dalam masa sama, Mahathir bersama isteri dan keluarga menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang sentiasa mengambil berat tentang kesihatannya.
“Kami mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan serta kesejahteraan beliau,” katanya.
Pada 6 Januari lalu, bekas Perdana Menteri itu dilaporkan dimasukkan ke IJN selepas terjatuh di kediamannya.
Pemeriksaan lanjut kemudian mengesahkan beliau mengalami patah tulang di bahagian pinggul kanan. Ketika dibawa ke hospital, beliau dilaporkan berada dalam keadaan sedar sebelum menjalani rawatan susulan.
Program Ziarah Kasih: Fahmi santuni warga emas, pesakit terlantar di Seri Menanti
62 NADI Negeri Sembilan tawar latihan AI percuma
Hubungan diplomatik baik, politik stabil jamin bekalan tenaga: PMX
1.88 juta rakyat nikmati manfaat MySalam: Fahmi
Kerajaan tak kompromi perangi rasuah, SPRM terus diperkasa
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi