Dua pegawai kanan ATM akan dihadapkan ke mahkamah minggu depan: SPRM

January 15, 2026 · Isu semasa

Dua pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka didakwa di mahkamah minggu hadapan berhubung kes rasuah melibatkan kartel tender perolehan Tentera Darat Malaysia (TDM), sekali gus menjadi antara kes berprofil tinggi yang mendapat perhatian ramai.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki berkata, siasatan kes tersebut kini berada di peringkat akhir dan kertas siasatan dijangka siap sepenuhnya sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya pada Isnin ini.

“Kita akan mencadangkan pertuduhan terhadap dua individu berkaitan kes ini dan tindakan selanjutnya akan ditentukan pihak pendakwaan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat SPRM hari ini.

Kes ini mula mencuri tumpuan apabila seorang bekas Panglima Tentera Darat dilaporkan dibebaskan daripada tahanan reman pada Isnin lalu, selepas tempoh remannya tamat.

Dua isterinya yang turut ditahan bagi membantu siasatan sebelum ini juga telah dibebaskan.

Untuk rekod, SPRM pada 23 Disember tahun lalu telah menjalankan siasatan di Kementerian Pertahanan (MINDEF) berkaitan beberapa projek perolehan Tentera Darat yang dilaksanakan melalui tender terbuka serta perolehan di bawah Pusat Tanggungjawab (PTJ).

Sehari kemudian, tiga individu dipanggil untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan.

Dalam perkembangan sama, SPRM turut menyita enam akaun bank yang dipercayai milik seorang pegawai kanan Tentera Darat serta ahli keluarganya.

Langkah itu diambil bagi menjejaki aliran kewangan yang disyaki berkait dengan aktiviti rasuah melibatkan perolehan projek ketenteraan.

Selain itu, SPRM juga menyita aset mewah bernilai lebih RM2.2 juta hasil penggeledahan di sebuah kediaman di Pantai Timur yang dipercayai milik isteri kedua bekas pegawai tertinggi Tentera Darat. Antara yang dirampas termasuk 23 utas jam tangan jenama Rolex.

Berita berkaitan
Wang peti besi RM325,000 lesap, pegawai bank didakwa seleweng
November 24, 2026· Isu semasa
Kuasa pengampunan Agong tidak boleh dicabar: AGC
November 24, 2026· Politik
Isu transaksi Jho Low: BNM diminta bertindak terhadap Deutsche Bank
November 22, 2026· Politik
Jangan pertahan pemimpin rasuah kerana sebangsa: Mat Sabu
November 21, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Sindiket seludup syabu ke Indonesia tumpas, rampasan bernilai RM5.19 juta
3 jam lalu · Isu semasa
Dadah dari Lembah Klang dihantar ke Sabah guna aset TUDM
3 jam lalu · Isu semasa
Infrastruktur digital negara perlu diperkukuh hadapi ancaman kuantum: Fahmi
5 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan pertimbang namakan jalan di KL sempena A Samad Said
6 jam lalu · Isu semasa
Ibu bapa wajib hadir ketika Bantuan Awal Persekolahan RM200 diagihkan
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
22 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok