DUN Negeri Sembilan lulus belanjawan tambahan RM40.35 juta

August 18, 2026 · Isu semasa

Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2026 berjumlah RM40.35 juta bagi memenuhi komitmen kewangan kerajaan negeri serta beberapa keputusan yang perlu dilaksanakan tahun ini.

Menteri Besar, Ismail Lasim berkata daripada jumlah itu, RM6.5 juta diperuntukkan bagi bayaran balik hutang kerajaan negeri kepada Kerajaan Persekutuan, manakala RM5.85 juta untuk bayaran pencen dan ganjaran susulan pembubaran DUN pada 5 Jun lalu.

Menurut beliau, RM13 juta turut disediakan bagi Bantuan Khas Kewangan (BKK) bersamaan dua bulan gaji serta Bantuan Khas Kewangan Berasaskan Prestasi kepada penjawat awam.

“Selain itu, RM15 juta diperuntukkan bagi meneruskan kerja-kerja naik taraf Masjid Negeri serta penyelenggaraan kemudahan masjid, surau dan tanah perkuburan Islam di Negeri Sembilan,” katanya kepada media selepas Persidangan Pertama (Khas) Penggal Pertama DUN Negeri Sembilan ke-16 hari ini.

Dengan tambahan itu, jumlah belanja mengurus Negeri Sembilan bagi 2026 meningkat daripada RM640 juta kepada RM680.35 juta.

Ismail berkata, kedudukan kewangan negeri masih berada pada tahap baik selepas mencatat lebihan sebenar RM203.2 juta pada 2025.

Dalam tempoh sama, kutipan hasil negeri mencapai RM785.2 juta atau 133.1 peratus daripada sasaran.

“Kedudukan ini memberikan asas yang baik untuk kerajaan negeri meneruskan pembangunan dan memenuhi tanggungjawab kepada rakyat.

“Justeru, hala tuju kita adalah jelas dan kita mahu Negeri Sembilan yang stabil, maju dan makmur,” katanya.

Beliau berkata kestabilan pentadbiran dan tadbir urus akan terus menjadi asas kepada pembangunan ekonomi serta peluasan peluang kepada rakyat.

Untuk rekod, DUN Negeri Sembilan pada 11 Disember tahun lalu meluluskan Belanjawan Negeri 2026 berjumlah RM640 juta, termasuk RM150 juta bagi perbelanjaan pembangunan.

Belanjawan asal itu membabitkan defisit RM30 juta berdasarkan anggaran hasil negeri RM610 juta.

Persidangan khas DUN hari ini turut menyaksikan pelantikan bekas ADUN Kota, Awaludin Said sebagai Yang Dipertua DUN baharu.

ADUN Paroi, Kamarol Ridzuan Mohd Zain pula dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua DUN.

Berita berkaitan
PRN Melaka: PH sasar pertahan kerusi, intai peluang rampas baharu
16 jam lalu· Politik
Surat pembubaran DUN Sarawak dihantar kepada SPR
October 27, 2026· Politik
Khabar angin letak jawatan Menteri Besar, Ismail tampil beri penjelasan
October 27, 2026· Politik
BN letak calon di DUN Sg Udang bukti tolak Wawasan: Puad
October 26, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
44 transaksi RM1 juta berkait rasuah pekerja asing, lima individu ditahan SPRM
October 28, 2026 · Isu semasa
Tiada bukti syarikat Malaysia cetus kebakaran hutan Indonesia: Arthur
October 28, 2026 · Isu semasa
Kes saman RM1.9 juta: Najib dibenar hadir prosiding lawan Tommy Thomas
October 28, 2026 · Isu semasa
Kerajaan sudah bayar RM42.5 bilion hutang 1MDB, berbaki RM8.9 bilion
2 jam lalu · Isu semasa
Parlimen: RUU tahanan di rumah hampir siap diteliti KDN, AGC
2 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok