Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim.
Kerajaan Negeri Sembilan akan memastikan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) berlangsung mengikut jadual dirancang bagi mengelakkan badan legislatif negeri itu terbubar, kata Menteri Besar, Ismail Lasim.
Beliau berkata, segala persiapan termasuk pembentangan Belanjawan Negeri Sembilan 2027 sudah dimuktamadkan dan kerajaan negeri kini hanya menunggu penetapan tarikh rasmi persidangan.
Menurutnya, kerajaan negeri akan berusaha memastikan sidang DUN dapat dilaksanakan dalam tempoh dirancang tanpa menimbulkan sebarang isu berkaitan pembubaran secara automatik.
“Dari segi belanjawan ini, persediaan pun dah sedia semuanya. Kita pun dah muktamadkan belanjawan dan hanya menunggu tarikh untuk kita adakan sidang DUN.
“Sebaik mungkin kita cuba laksanakan mengikut jadual, tidak timbul soal DUN akan terbubar. Insya-Allah, sebagai ketua kerajaan negeri saya tidak akan biarkan DUN terbubar,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Deepavali Penasihat Khas Hal Ehwal Masyarakat India, VS Mogan, di sini hari ini.
Ismail berkata demikian ketika diminta mengulas persiapan kerajaan negeri menjelang persidangan DUN yang dijadual berlangsung tidak lama lagi.
Sebelum ini, kerajaan negeri merancang mengadakan persidangan DUN bermula 26 November, manakala pembentangan Belanjawan Negeri Sembilan 2027 dijadualkan pada 27 November.
Persidangan berkenaan penting bagi membolehkan kerajaan negeri membentangkan hala tuju perbelanjaan dan perancangan pembangunan bagi tahun depan, selain memberi ruang kepada wakil rakyat membahaskan dasar serta isu berkaitan kepentingan rakyat.
Kerajaan negeri kini memberi tumpuan kepada penyelarasan akhir bagi memastikan urusan persidangan berjalan lancar mengikut perancangan.
Saifuddin: Minit pengampunan Najib perlu untuk afidavit AGC dan dinyahklasifikasi
Zahid janji GST kembali jika BN kuasai Putrajaya
Konvensyen Amanah lulus usul bantah tahanan rumah Najib
Isu transaksi Jho Low: BNM diminta bertindak terhadap Deutsche Bank
PAS tidak berhasrat sertai PH untuk hadapi PRU-16: Idris Ahmad
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan