Dunia kini dikuasai ‘hukum rimba’, keadilan semakin terpinggir: Anwar

April 2, 2026 · Isu semasa

Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi amaran dunia kini semakin menjurus kepada keadaan “hukum rimba” apabila prinsip kedaulatan undang-undang dalam hubungan antarabangsa kian terhakis dan tidak lagi dihormati secara konsisten.

Anwar menegaskan keadilan global semakin dipinggirkan akibat pengaruh kuasa besar serta penguatkuasaan yang bersifat terpilih.

“Kedaulatan undang-undang mesti kekal boleh diakses dan dikuatkuasakan secara sejagat. Integritinya adalah asas kepada sistem antarabangsa yang adil dan teratur,” katanya berucap pada Persidangan Persatuan Pendidikan Undang-Undang Komanwel 2026 di Universiti Malaya hari ini.

Menurut beliau, situasi semasa memperlihatkan ironi yang ketara apabila pihak yang selama ini lantang mempertahankan sistem berasaskan peraturan gagal mematuhinya.

“Terdapat hipokrasi yang terselindung. Saya akan pergi lebih jauh – satu penyelewengan nilai yang bersifat patologi, apabila penyokong kuat aturan antarabangsa bukan sahaja gagal mematuhi, malah menunjukkan penghinaan nyata terhadapnya,” ujarnya.

Beliau turut mengingatkan prinsip tersebut tidak boleh digunakan secara selektif untuk melindungi pihak tertentu sambil menafikan hak pihak lain.

“Kredibiliti kedaulatan undang-undang bergantung pada konsistensi. Kita tidak boleh berselindung atau menutup mata terhadap realiti ini,” katanya.

Pada masa sama, Anwar turut menyentuh cabaran baharu dalam bidang perundangan, khususnya perkembangan pesat teknologi kecerdasan buatan (AI) yang dijangka mengubah landskap profesion guaman.

“Memandangkan kita berada di ambang perubahan besar, ruang perbincangan mesti dibuka tentang bagaimana undang-undang perlu berkembang seiring perubahan ini,” katanya.

Amaran tersebut hadir ketika ketegangan geopolitik global semakin meningkat, termasuk konflik di Asia Barat yang memberi kesan kepada kestabilan serantau, keselamatan tenaga dan laluan perdagangan antarabangsa.

Situasi ini sekali gus menguji sejauh mana komuniti antarabangsa benar-benar berpegang kepada prinsip keadilan dan kedaulatan undang-undang.

Berita berkaitan
Kumpulan NGO gesa kerajaan dan blok pembangkang sepakat laksana lapan reformasi
9 jam lalu· Politik
Sistem cukai mesti adil, golongan kaya tidak boleh terlepas: PMX
16 jam lalu· Isu semasa
Anwar beri amaran risiko serangan siber terhadap Malaysia
17 jam lalu· Isu semasa
Minyak dunia berisiko melonjak AS$140 setong: Goldman Sachs
November 2, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan kaji pengecualian PTPTN untuk graduan kelas pertama
6 jam lalu · Isu semasa
RM14 bilion wang tidak dituntut, ramai tak sedar: Amir Hamzah
6 jam lalu · Isu semasa
Winbox, Alibaba antara sindiket judi dalam talian terbesar dalam pantauan polis
9 jam lalu · Isu semasa
Pengerusi TH terima Ijazah Kehormat Doktor Da’wah dan Pengurusan USIM
11 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah keluar injunksi halang Bloomberg siar artikel berkait Farhash: Laporan
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
November 1, 2026
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok