Ekonomi Malaysia catat pertumbuhan 5.2 peratus, melebihi jangkaan: Fahmi

November 14, 2025 · Isu semasa

Ekonomi Malaysia menunjukkan prestasi kukuh dengan mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 5.2 peratus pada suku ketiga tahun ini, angka yang melebihi jangkaan terbaik sebelum ini.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil, memaklumkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim telah berkongsi maklumat memberangsangkan itu dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang berlangsung pada Jumaat dan pertumbuhan tersebut membuktikan usaha kerajaan berada di landasan yang betul.

“Ini menjangkaui apa yang kita anggap sebagai ‘jangkaan terbaik’ sebelum ini sebanyak 4.8 peratus.

“Ia juga membuktikan keadaan pertumbuhan ekonomi negara kita berada di kedudukan baik, landasan betul dan terus mencatat pertumbuhan cukup baik,” katanya semasa sidang media mingguan hari ini.

Beliau turut memberitahu dua sektor utama yang menjadi pendorong, iaitu sektor perkhidmatan yang mencatat pertumbuhan hampir sembilan peratus dan sektor pembinaan yang berkembang hampir 12 peratus.

Pertumbuhan 5.2 peratus pada suku ketiga ini, seperti yang diumumkan oleh Gabenor Bank Negara Malaysia, Abdul Rasheed Ghaffour, didorong oleh permintaan dalam negeri yang berterusan serta eksport bersih yang tinggi.

Angka ini lebih tinggi berbanding pertumbuhan 4.4 peratus yang dicatatkan pada suku kedua tahun yang sama.

Secara keseluruhan, ekonomi Malaysia berkembang 4.7 peratus dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun 2025, sekali gus berada dalam lingkungan sasaran rasmi kerajaan antara 4.0 hingga 4.8 peratus.

Pencapaian ini mengatasi prestasi ekonomi pada tahun 2023 yang mencatatkan pertumbuhan sebanyak 3.7 peratus.

Berita berkaitan
Anwar ucap tahniah atas kemenangan BN di Kinabatangan dan Lamag
6 jam lalu· Politik
Anwar nafi isu tanah Malaysia diserah kepada Indonesia
January 24, 2026· Isu semasa
PM gesa tolak amalan kartel, lindungi kepentingan rakyat
January 24, 2026· Politik
Anwar cadang projek ladang babi di Bukit Tagar dibatalkan
January 23, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Guru rugi RM325,000 diperdaya sindiket menyamar pegawai AMLA
4 jam lalu · Isu semasa
Guan Eng desak Sosma dimansuh susulan penahanan remaja 16 tahun
4 jam lalu · Isu semasa
Agong berangkat ke Russia untuk lawatan khas: Laporan
4 jam lalu · Isu semasa
SPRM sita aset RM9.7 juta dalam siasatan pelaburan RM300 juta
4 jam lalu · Isu semasa
Sultan Pahang tegur salah guna kuasa di sebalik baju seragam dan institusi
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ekonomi negara catat pertumbuhan kukuh, ringgit dan bursa meningkat
January 20, 2026
[VIDEO] Kalau ada tak terima bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia: Agong
January 19, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok