Ekonomi Malaysia kekal kukuh, harga barang terkawal: DOSM

August 29, 2025 · Isu semasa

Ekonomi Malaysia terus menunjukkan prestasi kukuh pada suku kedua tahun 2025, dengan harga barangan yang terkawal dan pasaran pekerjaan yang semakin teguh.

Menurut laporan terkini Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), ekonomi negara berkembang sebanyak 4.4 peratus pada suku kedua tahun ini, mengekalkan momentum yang sama seperti suku sebelumnya.

Ketua Perangkawan Malaysia, Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata pertumbuhan ini disokong terutamanya oleh sektor perkhidmatan, manakala perbelanjaan pengguna dan pelaburan swasta terus menjadi penyumbang utama kepada permintaan domestik.

“Momentum pertumbuhan ini didorong terutamanya oleh sektor Perkhidmatan dari segi penawaran, manakala penggunaan swasta dan pelaburan kekal sebagai penyumbang utama dari segi permintaan. Ini mencerminkan daya tahan permintaan domestik dalam meredakan tekanan luaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Salah satu perkembangan positif ialah kadar inflasi yang kekal rendah pada 1.2 peratus pada Julai 2025 dan menunjukkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan adalah sederhana dan terkawal.

Keadaan ini turut dibantu oleh penurunan kos pengeluaran, dengan Indeks Harga Pengeluar menyusut sebanyak 4.2 peratus pada Jun 2025, terutamanya dalam sektor pembuatan dan perlombongan.

Dari segi pekerjaan, pasaran buruh negara menunjukkan prestasi memberangsangkan dengan bilangan pekerja meningkat 2.9 peratus kepada 16.85 juta orang.

Jumlah pengangguran menurun 4.4 peratus, menurunkan kadar pengangguran negara kepada 3.0 peratus.

Sektor perkhidmatan mencatatkan prestasi cemerlang dengan peningkatan hasil sebanyak 5.7 peratus kepada RM641.4 bilion, didorong oleh aktiviti pelancongan domestik yang rancak serta perbelanjaan semasa cuti umum dan musim perayaan.

Prestasi ekonomi ini menunjukkan keyakinan dan daya beli pengguna tempatan yang terus meningkat, sekaligus mengukuhkan lagi asas ekonomi negara.

Berita berkaitan
Krisis politik Negeri Sembilan: Persatuan peniaga bimbang ekonomi negeri terjejas
April 28, 2026· Isu semasa
SPRM ambil keterangan bekas pembantu Rafizi esok
April 27, 2026· Politik
Malaysia kekal terbuka terima pelabur, tapi kedaulatan diutamakan: Anwar
April 27, 2026· Isu semasa
Struktur ekonomi perlu disusun semula hadapi dunia tak menentu: PMX
April 27, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Pemuda UMNO desak hentikan pesta air di Bkt Bintang, bidas Kementerian Pelancongan
1 jam lalu · Isu semasa
Keputusan kes gangguan seksual Ebit Lew dijangka hari ini
1 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan susun semula perbelanjaan, perkhidmatan rakyat tidak terjejas: MOF
18 jam lalu · Isu semasa
Acara rasmi kerajaan dikecilkan, pastikan perbelanjaan berhemah: Fahmi
21 jam lalu · Isu semasa
Kos harga tenaga dijangka melonjak susulan krisis di Asia Barat: Bank Dunia
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok