Ekonomi Malaysia terus kukuh, KDNK naik 6 peratus

4 jam lalu · Isu semasa

Ekonomi Malaysia terus menunjukkan momentum positif apabila Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang 6.0 peratus pada suku kedua 2026, lebih tinggi berbanding 5.4 peratus pada suku pertama.

Pertumbuhan itu juga mengatasi kadar 4.4 peratus yang direkodkan dalam tempoh sama tahun lalu, mencerminkan pengukuhan aktiviti ekonomi domestik dan prestasi eksport negara.

Ketua Perangkawan, Siti Asiah Ahmad berkata, pertumbuhan ekonomi disokong eksport yang mampan, terutama dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E) serta minyak dan gas, selain perbelanjaan isi rumah yang kekal stabil dan aktiviti pelaburan yang berterusan.

“Dari segi penawaran, pertumbuhan disokong oleh pengembangan sektor perkhidmatan dan perkilangan,” katanya pada sidang akhbar prestasi ekonomi suku kedua 2026 di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia (BNM), hari ini.

Menurutnya, sektor perkhidmatan mencatat pertumbuhan lebih tinggi, didorong subsektor berkaitan perniagaan, khususnya teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) susulan peningkatan pengoperasian pusat data.

Pada masa sama, Gabenor BNM, Abdul Rasheed Ghaffour berkata, inflasi keseluruhan meningkat kepada 1.9 peratus pada suku kedua berbanding 1.6 peratus pada suku pertama.

Sebaliknya, inflasi teras menurun kepada 1.9 peratus daripada 2.1 peratus dalam tempoh sama.

“Peningkatan inflasi keseluruhan sebahagian besarnya mencerminkan tekanan kos luaran yang lebih tinggi susulan konflik di Asia Barat,” katanya.

Beliau berkata, kenaikan harga bahan api, terutama RON97 dan diesel, sepanjang suku kedua turut menyumbang kepada peningkatan inflasi bahan api.

“Walaupun tekanan kos pengeluar meningkat, tekanan tersebut kekal tertumpu pada peringkat huluan. Kesan limpahan masih terhad bagi peringkat pengeluaran seterusnya dan harga pengguna secara lebih meluas sepanjang suku tersebut,” katanya.

Prestasi ekonomi itu hadir ketika Malaysia terus berdepan persekitaran ekonomi global yang mencabar, termasuk ketidaktentuan geopolitik dan tekanan kos yang boleh memberi kesan kepada perdagangan serta harga komoditi.

Namun, pertumbuhan 6.0 peratus pada suku kedua menunjukkan ekonomi domestik masih mempunyai daya tahan, disokong prestasi eksport, aktiviti perniagaan, pelaburan dan perbelanjaan isi rumah.

Berita berkaitan
KDNK naik, rakyat mesti turut rasa manfaat: Menteri Ekonomi
1 jam lalu· Isu semasa
Ahli datang dan pergi, PKR terus diperkukuh: AMK
1 jam lalu· Politik
Wanita PKR perlu bangkit, turun padang dekati pengundi: Fadhlina
4 jam lalu· Politik
Ekonomi kukuh, BNM dijangka kekalkan OPR dan pantau inflasi
4 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Siasatan KWAP dalam eFishery hampir selesai
7 jam lalu · Isu semasa
BNM beri amaran awal demi kestabilan Tabung Haji
7 jam lalu · Isu semasa
BUDI95: AMK cadang had subsidi dinaikkan semula kepada 300 liter
17 jam lalu · Isu semasa
Kes dadah Jakarta: Bukit Aman diberi akses siasat juruterbang Malaysia
August 13, 2026 · Isu semasa
RCI Tabung Haji: Tujuh ditahan, 115 saksi dipanggil dalam siasatan SPRM
August 13, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026
[VIDEO] Anak perantauan digesa balik, undi calon PH demi masa depan Negeri Sembilan
July 31, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok