Ekonomi negara kekal kukuh, sasaran pertumbuhan 2025 di landasan tepat: PMX

November 15, 2025 · Isu semasa

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, menyifatkan ekonomi Malaysia berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran pertumbuhan antara 4.0 hingga 4.8 peratus bagi tahun 2025.

Keyakinan ini disokong oleh pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang kukuh sebanyak 5.2 peratus pada suku ketiga tahun ini.

“Dengan permintaan domestik yang berdaya tahan, pasaran buruh yang stabil dan pelaburan berterusan dalam sektor pertumbuhan dan nilai yang tinggi, kerajaan sedang membina asas yang kukuh untuk momentum ekonomi yang mampan sepanjang tahun ini,” kata Anwar yang juga Menteri Kewangan dalam kenyataan.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, prestasi ekonomi pada suku ketiga itu didorong oleh kekuatan merentas semua sektor.

Permintaan domestik kekal sebagai peneraju utama, mencatatkan pertumbuhan 5.8 peratus, yang disokong oleh perbelanjaan isi rumah yang kukuh, keadaan pasaran buruh yang menggalakkan serta inflasi yang terkawal pada 1.3 peratus.

“Usaha berterusan kerajaan bagi meningkatkan pendapatan rakyat serta disokong oleh program bantuan sosial seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) turut menyumbang kepada perbelanjaan pengguna,” tambah kenyataan tersebut.

Petunjuk ekonomi lain juga menunjukkan prestasi memberangsangkan.

Jumlah guna tenaga meningkat 3.1 peratus kepada 17.0 juta orang, manakala kadar pengangguran kekal rendah pada tiga peratus.

Ringgit juga menunjukkan kestabilan, kekal sebagai antara mata wang berprestasi terbaik di Asia.

Dari segi pelaburan, aliran masuk bersih Pelaburan Langsung Asing (FDI) mencatatkan RM8.5 bilion.

Kerajaan juga kekal komited dengan agenda pembaharuan fiskal bagi mengurangkan defisit fiskal kepada 3.8 peratus pada 2025.

“Melangkah ke hadapan, Rancangan Malaysia Ke-13 dan Belanjawan MADANI Keempat akan memacu trajektori ekonomi dan terus menyokong usaha untuk melindungi kesejahteraan rakyat,” jelas kementerian itu.

Prestasi sembilan bulan pertama 2025 yang berkembang 4.7 peratus membuktikan ketahanan ekonomi negara dalam menghadapi cabaran global.

Berita berkaitan
PKR sokong gesaan Anwar supaya dunia bertindak terhadap Israel
16 jam lalu· Isu semasa
Anwar mahu BRICS lindungi kepentingan negara membangun
24 jam lalu· Isu semasa
Parti dalam Kerajaan Perpaduan perlu hormati mandat diberi rakyat: Azman Abidin
24 jam lalu· Politik
UMNO kekal hingga tamat penggal, PKR sambut baik: Saifuddin Nasution
24 jam lalu· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Saifuddin: Polis buka kertas siasatan, dakwaan Ismail dipaksa jadi perhatian
1 jam lalu · Isu semasa
DKU: Tuanku Muhriz kekal bertakhta, proklamasi penurunan tak sah
2 jam lalu · Isu semasa
FGV lantik firma audit bebas, semak isu tadbir urus
2 jam lalu · Isu semasa
Saifuddin mahu elaun RELA RM8 disemak segera
5 jam lalu · Isu semasa
Lawatan sulung PMX ke Maldives beri momentum baharu hubungan dua hala: Bernama
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok