Ewon hadir ke mesyuarat Kabinet, masih kekal menteri

October 24, 2025 · Uncategorized

Anwar Ibrahim, mengesahkan Ewon Benedick masih lagi memegang jawatan sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan belum menyerahkan sebarang notis peletakan jawatan.

Perdana Menteri memberitahu Ewon yang juga Presiden UPKO hadir ke mesyuarat Kabinet pagi tadi, ia selepas beliau menyatakan kesediaan meletak jawatan sekiranya Jabatan Peguam Negara (AGC) meneruskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berhubung hak 40 peratus hasil Persekutuan Sabah.

“Datang… datang,” jawab Anwar ringkas apabila ditanya sama ada Ewon hadir dalam mesyuarat Jemaah Menteri pagi tadi.

Ditanya lagi mengenai kemungkinan Ewon melepaskan jawatan, Anwar memberitahu, “Belum lagi.”

Isu ini bermula apabila Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 17 Oktober lalu membuat keputusan bersejarah, yang mengiktiraf hak Sabah ke atas perkongsian hasil tersebut.

Mahkamah mendapati Kerajaan Persekutuan telah gagal menunaikan hak Sabah selama hampir lima dekad.

Ewon berikrar untuk berundur daripada Kabinet selaras dengan resolusi parti bagi mendesak Kerajaan Persekutuan menghormati keputusan mahkamah dan tidak merayunya.

Beliau mengesahkan telah memaklumkan pendiriannya kepada Perdana Menteri serta kepimpinan tertinggi kerajaan.

Sementara itu, AGC dalam kenyataan pada 18 Oktober lalu memaklumkan bahawa mereka sedang meneliti alasan penghakiman mahkamah sebelum membuat sebarang keputusan susulan.

Mahkamah telah memberi tempoh 90 hari untuk semakan dan 180 hari untuk mencapai persetujuan antara kedua-dua kerajaan.

Berita berkaitan
Pertemuan Anwar dengan Presiden FIFA buka lembaran baharu untuk bola sepak tempatan
3 jam lalu· Isu semasa
Anwar terima kunjungan Presiden Brazil, Afrika Selatan bersempena Sidang ASEAN
9 jam lalu· Isu semasa
AMK Selangor desak tindakan tegas terhadap Papagomo hina PMX
10 jam lalu· Politik
Dihalang masuk Sabah, Albert failkan prosiding hina mahkamah pada Hajiji
October 24, 2025· Politik
Lagi Uncategorized terkini
Papagomo diarah bela diri dalam kes hasutan terhadap Agong
September 24, 2025 · Uncategorized
Video / Foto
[VIDEO] Langkah perangi scam dan buli siber diperhebat, buru pesalah
October 14, 2025
[VIDEO] Selepas dipecat Bersatu jadi dalang SD, Wan Saiful anggap dirinya jadi mangsa
October 14, 2025

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok