Anwar terima kunjungan Presiden Brazil, Afrika Selatan bersempena Sidang ASEAN

October 25, 2025 · Isu semasa

Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan rasmi daripada dua pemimpin antarabangsa, Presiden Brazil, Luiz Inácio Lula da Silva, dan Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa.

Kedua-dua lawatan ini menandakan permulaan penting bagi Siri Sidang Kemuncak ASEAN yang akan diadakan.

Menurut Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah, kunjungan Presiden Lula ini membuka lembaran baharu dalam hubungan dua hala.

“Ini merupakan lawatan rasmi pertama beliau ke Malaysia sejak kembali memimpin Brazil, sekaligus mencerminkan komitmen bersama dalam memperjuangkan keadilan ekonomi dan kemakmuran sejagat,” jelasnya.

Beliau menambah pertemuan tersebut dijangka membincangkan kerjasama baharu dalam bidang perdagangan dan teknologi.

“Hubungan erat ini diperkukuh lagi selepas kehadiran Perdana Menteri di Sidang Kemuncak BRICS baru-baru ini, di mana Malaysia terus menyuarakan kepentingan negara-negara Selatan Global,” ujarnya.

Sementara itu, kunjungan Presiden Cyril Ramaphosa pula bertujuan memperkukuh lagi hubungan bersejarah antara Malaysia dan Afrika Selatan.

“Lawatan ini adalah yang pertama oleh Presiden Ramaphosa sejak memegang jawatan pada 2018, dan ianya berasaskan nilai keadilan serta solidariti yang dikongsi bersama,” kata Tunku Nashrul.

Beliau turut menyatakan perbincangan kedua pemimpin akan memfokuskan pada pengukuhan kerjasama dalam bidang pelaburan, industri halal, dan bioteknologi.

“Kami mengiktiraf Afrika Selatan sebagai rakan dagang terbesar kami di benua Afrika, dan berhasrat untuk meluaskan lagi pasaran eksport serta kerjasama sektor swasta,” terangnya.

Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pemimpin juga bersetuju untuk terus menyokong perjuangan rakyat Palestin.

“Malaysia amat menghargai kepimpinan Afrika Selatan dalam membawa isu Palestin ke ICJ, dan kami kekal komited terhadap prinsip keadilan dan kemanusiaan,” tegas Tunku Nashrul.

Kedua-dua lawatan ini bukan sahaja mengukuhkan jaringan diplomatik Malaysia, malah menegaskan kembali kedudukan negara sebagai rakan aktif dalam kerjasama Selatan–Selatan.

Berita berkaitan
Jangan abaikan madrasah dalam mengejar kemajuan negara: Anwar
8 jam lalu· Isu semasa
Jangan pertahan pemimpin rasuah kerana sebangsa: Mat Sabu
November 21, 2026· Politik
Perdagangan Malaysia cecah RM436.61 bilion, rekod tertinggi dalam sejarah
November 20, 2026· Isu semasa
Isu Ahmad Maslan: Aziz Bari persoal prinsip tanggungjawab Kabinet, wajar letak jawatan
November 20, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
SPR daftar hampir 42,000 pengundi baharu pada Oktober
12 jam lalu · Isu semasa
MySIREN lebih pantas daripada SMS, data pengguna kekal selamat: Fahmi
13 jam lalu · Isu semasa
MySIREN dilancar, amaran kecemasan terus ke telefon bimbit
14 jam lalu · Isu semasa
Penempatan Rohingya: AMK persoal pengumuman Zahid
18 jam lalu · Isu semasa
Penempatan Rohingya ke Turkiye: Zahid umum lulus, Mat Sabu kata Kabinet belum bincang
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok