Fahmi ajak orang ramai guna teknologi dengan bijak menjelang tahun baharu

December 31, 2025 · Isu semasa

Rakyat diingatkan supaya memanfaatkan teknologi secara bijak dan berhemah, khususnya dalam kalangan kanak-kanak, ketika negara melangkah ke tahun baharu 2026.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata ibu bapa perlu memainkan peranan aktif memantau penggunaan peranti anak-anak bagi memastikan teknologi memberi manfaat dan tidak membawa kesan negatif.

Beliau turut menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada terhadap taktik penipuan atau scam yang semakin canggih dan pelbagai.

Menerusi video perutusan Tahun Baharu 2026 yang dimuat naik di Facebook Kementerian Komunikasi, Fahmi menegaskan keselamatan dalam talian kini menjadi keutamaan kerajaan.

Menurutnya, tahun 2026 akan menyaksikan perubahan besar dalam landskap kawal selia digital negara.

“Mulai 1 Januari, semua penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan platform media sosial yang mempunyai lapan juta atau lebih pengguna diwajibkan berdaftar sebagai pemegang Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi, atau ASP(C),” katanya.

Pelaksanaan itu dibuat menerusi Peruntukan Deeming Seksyen 46A Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang bertujuan memastikan platform digital berskala besar beroperasi secara teratur dalam kerangka undang-undang, selain memikul tanggungjawab jelas terhadap keselamatan pengguna, terutama kanak-kanak dan keluarga.

Seiring langkah tersebut, Akta Keselamatan Dalam Talian (OnSA) juga akan berkuat kuasa bermula 1 Januari 2026.

Akta itu memberi penekanan kepada perlindungan pengguna dengan mengekang penipuan siber, eksploitasi, penyamaran, serta ancaman baharu termasuk penyalahgunaan kecerdasan buatan dan teknologi deepfake.

Dalam pada itu, Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Madani berharap tahun baharu ini menjadi titik tolak kepada kemajuan rakyat dan negara secara menyeluruh.

“Semoga tahun 2026 membawa peluang yang lebih luas untuk kita membangunkan diri, keluarga dan masyarakat. Kita mahu melihat ekonomi yang semakin sihat, ringgit yang lebih kukuh dan negara terus bergerak di landasan yang betul,” katanya.

Beliau menambah, kejayaan negara dalam era digital bukan hanya bergantung kepada teknologi semata-mata, tetapi juga tahap kesedaran dan tanggungjawab semua pihak dalam menggunakannya secara selamat dan beretika.

 

Berita berkaitan
Pasukan khas pantau isu 3R menjelang PRN Johor, Negeri Sembilan
June 16, 2026· Politik
Fahmi nasihat Ketua Pengarah J-Kom agar berhati-hati di media sosial
June 16, 2026· Politik
Polis siasat dakwaan Rosmah terlibat pembelian hartanah mewah di AS
June 15, 2026· Isu semasa
Warga Rohingya tetap bayar caj rawatan, tiada subsidi diberikan: Dr Dzulkefly
June 15, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Anwar berlepas ke Rusia sertai Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN
June 16, 2026 · Isu semasa
Onn Hafiz ubah jadual untuk hadir ke majlis bersama Loke
7 jam lalu · Isu semasa
Pelatih silat mengaku tidak bersalah hina institusi Agong
7 jam lalu · Isu semasa
Bekas pegawai NGO berdepan kes rasuah RM98 juta, 2 jam baca 158 pertuduhan
7 jam lalu · Isu semasa
Onn Hafiz dan Loke bertemu selepas perang mulut politik
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
21 jam lalu
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok