Fahmi bentang RUU Komunikasi dan Multimedia di Dewan Rakyat, pelihara kepentingan negara

July 13, 2026 · Isu semasa

Rang Undang-Undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2026 yang bertujuan memperkukuh rangka kerja pemberian perkhidmatan sejagat dengan memasukkan elemen pemeliharaan keselamatan negara dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, hari ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil ketika membentangkan RUU itu memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat dalam mesyuarat Dewan Rakyat kali ini.

Menurut naskhah RUU berkenaan, pindaan dicadangkan melibatkan Seksyen 202 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), termasuk memasukkan subseksyen baharu 202(1A) dan 202(1B).

Pindaan itu memberi kuasa kepada Menteri untuk mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyokong pelaksanaan inisiatif pemberian perkhidmatan sejagat kebangsaan yang melibatkan penggunaan perkhidmatan rangkaian, perkhidmatan aplikasi atau kedua-duanya, demi kepentingan keselamatan negara.

Menurut RUU itu, cadangan berkenaan turut merangkumi usaha menggalakkan pemasangan kemudahan rangkaian serta penyediaan perkhidmatan rangkaian atau aplikasi bagi tujuan pemeliharaan keselamatan negara.

Penentuan aspek keselamatan pula akan dibuat oleh Majlis Keselamatan Negara mengikut Seksyen 4 Akta Majlis Keselamatan Negara 2016.

*”Kategori tambahan ini adalah bagi mewujudkan rangka kerja pemberian perkhidmatan sejagat yang lebih komprehensif, dengan mengambil kira evolusi dalam industri komunikasi dan multimedia, kemajuan teknologi serta keperluan negara dari aspek keselamatan,”* menurut penjelasan dalam RUU itu.

RUU sama turut memperuntukkan semua inisiatif pemberian perkhidmatan sejagat kebangsaan yang dilaksanakan menerusi peruntukan baharu itu perlu selaras dengan objektif Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Selain itu, pindaan terhadap subseksyen 202(2) turut dicadangkan bagi membolehkan Menteri menggubal peraturan di bawah Seksyen 16 Akta 588 berkaitan pelaksanaan inisiatif pemberian perkhidmatan sejagat.

Perkhidmatan sejagat diwujudkan bagi memastikan rakyat, termasuk di kawasan luar bandar dan pedalaman, mendapat akses kepada kemudahan komunikasi serta internet yang berkualiti. Langkah itu turut menyokong agenda pendigitalan negara dan usaha merapatkan jurang digital.

Cadangan pindaan ini dilihat mengambil kira perkembangan pesat teknologi komunikasi dan cabaran keselamatan semasa, sekali gus memperluaskan skop perkhidmatan sejagat supaya lebih relevan dengan keperluan negara pada masa hadapan.

RUU berkenaan akan melalui proses perbahasan dan bacaan kali kedua sebelum diputuskan Dewan Rakyat.

Berita berkaitan
47,412 kandungan buli siber diminta dipadam, TikTok rekod tertinggi: Fahmi
3 jam lalu· Isu semasa
56,304 kandungan palsu diturunkan sejak 2023
10 jam lalu· Isu semasa
Tiada bukti syarikat Malaysia cetus kebakaran hutan Indonesia: Arthur
11 jam lalu· Isu semasa
Fahmi agih baucar Deepavali di Lembah Pantai, bantu ringankan beban penduduk
October 27, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Belanjawan 2027 angkat institusi Islam, pandangan tokoh agama diambilkira: PMX
3 jam lalu · Isu semasa
AGC ketuai siasatan khas jenayah kewangan, tiada individu atau syarikat terkecuali
4 jam lalu · Isu semasa
Harga diesel tanpa subsidi naik 20 sen, RON95 cecah RM4.42
4 jam lalu · Isu semasa
44 transaksi RM1 juta berkait rasuah pekerja asing, lima individu ditahan SPRM
11 jam lalu · Isu semasa
Kes saman RM1.9 juta: Najib dibenar hadir prosiding lawan Tommy Thomas
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok