Fahmi iringi keberangkatan pulang Sultan Brunei

June 4, 2025 · Isu semasa

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil malam tadi mengiringi keberangkatan pulang Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha di Lapangan Terbang Subang dekat sini.

Fahmi menerusi hantaran di Facebook turut berkongsi beberapa keping gambar keberangkatan pulang baginda berdua.

“Kerajaan Malaysia amat menjunjung tinggi sumbangan berterusan Brunei Darussalam dalam memperkukuh semangat muafakat dan kerjasama serantau.

“Patik-Patik sekalian mendoakan agar Tuanku berdua dikurniakan keafiatan berpanjangan. Menjunjung Kasih Tuanku,” kata beliau.

Sultan Hassanal Bolkiah tiba di Malaysia pada 25 Mei lepas untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan Sidang Kemuncak Berkaitan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 26 dan 27 Mei lepas.

Baginda berehat di Institut Jantung Negara (IJN) sejak 27 Mei kerana keletihan dan kemudian berehat di hotel setelah dibenarkan keluar dari IJN pada Sabtu. – Bernama

Berita berkaitan
Akaun TikTok Na’im disekat TikTok, bukan MCMC: Hakim Norliza
September 22, 2026· Politik
Projek Kampung Angkat MADANI perkasa kemudahan dua kampung di Kuala Pilah: Fahmi
September 20, 2026· Isu semasa
Sabah, Sarawak dan seluruh Malaysia perlu maju bersama: Fahmi
September 16, 2026· Isu semasa
Fahmi santuni jurugambar Borneo Post terjejas ribut
September 15, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Tiga pelakon ditahan susulan video tular persenda Rukun Negara
September 22, 2026 · Isu semasa
53 ditahan dalam Op Pedo 3.0, guru dan pembantu makmal antara suspek
3 jam lalu · Isu semasa
Kes scam: Panik kena dakwa, wanita jual barang kemas RM500,000
3 jam lalu · Isu semasa
1MDB mohon izin rayu keputusan libat firma guaman UK
21 jam lalu · Isu semasa
Lawatan Anwar ke Shanghai perkukuh hubungan Malaysia-China
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok