Fahmi: Pertumbuhan ekonomi mesti masuk poket rakyat

August 10, 2026 · Isu semasa

Kerajaan Madani akan terus memberi tumpuan kepada ‘ekonomi rakyat’ dengan memastikan pertumbuhan ekonomi negara diterjemahkan kepada manfaat yang dapat dirasai secara langsung oleh masyarakat.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, prestasi ekonomi negara dan negeri yang semakin baik dari segi pelaburan, hasil, rizab, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) serta perdagangan perlu disusuli dengan peningkatan kualiti hidup rakyat.

Menurutnya, pencapaian ekonomi di peringkat makro tidak memadai sekiranya rakyat masih tidak merasai kesannya dalam kehidupan seharian.

“Ekonomi rakyat adalah ekonomi yang tuan-tuan dan puan-puan sendiri rasai. Sebagai contoh, pelaksanaan penyasaran semula subsidi diesel atau BUDI Madani.

“Kita tahu di Sabah serta Sarawak ada yang perlu merentas daerah dan melakukan perjalanan agak jauh. Perkara ini memang dalam perhatian Perdana Menteri dan juga Jemaah Menteri,” katanya semasa Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Kementerian Komunikasi Zon Sabah dan Labuan hari ini.

Fahmi berkata, kerajaan mahu memastikan pencapaian ekonomi negara dapat memberi kesan yang lebih jelas kepada kehidupan rakyat, termasuk dari sudut perbelanjaan harian dan kemampuan mereka mengurus keperluan keluarga.

“Inilah yang membolehkan rakyat melihat kecemerlangan di peringkat nasional benar-benar memberi kesan sehingga dapat dinikmati, dirasai dan dizahirkan dalam kocek rakyat. Ini akan menjadi satu daripada keutamaan,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan sememangnya mengambil kira prestasi ekonomi secara keseluruhan, namun perhatian lebih besar perlu diberikan kepada bagaimana pertumbuhan itu diterjemahkan kepada manfaat sebenar kepada setiap individu.

Katanya, perkara itu penting dalam pelaksanaan dasar kerajaan termasuk penyasaran subsidi yang kesannya berbeza mengikut lokasi dan keadaan setempat.

Sabah dan Sarawak, misalnya, mempunyai kawasan yang luas dengan jarak perjalanan antara daerah yang jauh, sekali gus menjadikan faktor kos perjalanan antara perkara yang perlu diberi perhatian dalam pelaksanaan sesuatu dasar.

Dalam masa sama, Fahmi berkata, kementerian dan agensi kerajaan mempunyai tanggungjawab memastikan setiap dasar serta program diterangkan secara tepat dan menyeluruh kepada rakyat.

Menurutnya, komunikasi yang jelas penting bagi mengelakkan salah tafsir atau kekeliruan, terutama apabila dasar kerajaan memberi kesan secara langsung kepada kehidupan masyarakat.

Kerajaan sebelum ini memperkenalkan pelbagai langkah berkaitan ekonomi dan subsidi sebagai sebahagian daripada usaha memastikan bantuan serta sumber negara disalurkan dengan lebih bersasar.

Dalam konteks itu, Fahmi menegaskan kejayaan dasar kerajaan bukan hanya perlu dilihat melalui angka ekonomi, sebaliknya melalui perubahan yang dapat dirasai rakyat dalam kehidupan harian.

Berita berkaitan
Fahmi agih baucar Deepavali di Lembah Pantai, bantu ringankan beban penduduk
19 jam lalu· Isu semasa
PRN Melaka: PH sasar pertahan kerusi, intai peluang rampas baharu
19 jam lalu· Politik
Anwar: Semua kawasan Parlimen dapat peruntukan pembangunan
October 27, 2026· Politik
Ekonomi Malaysia kukuh, ringgit dijangka cecah RM3.97: Hong Leong Bank
October 26, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
56,304 kandungan palsu diturunkan sejak 2023
2 jam lalu · Isu semasa
44 transaksi RM1 juta berkait rasuah pekerja asing, lima individu ditahan SPRM
3 jam lalu · Isu semasa
Tiada bukti syarikat Malaysia cetus kebakaran hutan Indonesia: Arthur
3 jam lalu · Isu semasa
Kes saman RM1.9 juta: Najib dibenar hadir prosiding lawan Tommy Thomas
3 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan sudah bayar RM42.5 bilion hutang 1MDB, berbaki RM8.9 bilion
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok