Fitnah sekolah pondok: Menteri Agama saman RM10 juta seorang pengguna FB

October 28, 2025 · Isu semasa

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na’im Mokhtar, mengambil tindakan terhadap satu penyebaran fitnah menerusi media sosial dengan mengemukakan notis tuntutan (LOD) bernilai RM10 juta terhadap seorang pengguna Facebook.

Notis tuntutan itu, yang disediakan oleh firma guaman Messrs Akberdin & Co, telah dialamatkan kepada Muhammad Hafiz Sahidi di Marang, Terengganu, berikutan beberapa hantaran yang didakwa memfitnah berhubung isu penutupan sekolah pondok di Kelantan dan Kedah.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Mohd Na’im menuntut supaya Muhammad Hafiz menarik balik semua tuduhan tersebut serta memadamkan kenyataan fitnah itu daripada semua platform media sosial dalam tempoh 48 jam.

Beliau juga menggesa individu berkenaan untuk menghentikan sebarang penerbitan lanjut yang bersifat memfitnah.

“Dia dikehendaki membuat permohonan maaf tanpa syarat dan menyiarkannya di semua media sosial miliknya selama 30 hari,” menurut kenyataan daripada peguam mewakili Mohd Na’im.

Tuntutan itu turut menyatakan Muhammad Hafiz diminta membuat tawaran pampasan yang munasabah kepada Mohd Na’im bagi menampung kerosakan, penghinaan dan aib yang dialami.

Sekiranya gagal mematuhi permintaan ini, Mohd Na’im akan meneruskan tindakan undang-undang untuk mendapatkan injunksi dan ganti rugi berjumlah RM10 juta, termasuk kos guaman.

“Kenyataan fitnah tersebut sama sekali tidak benar dan merupakan satu serangan yang disengajakan serta berniat jahat, bertujuan menjejaskan keyakinan awam terhadap anak guam kami,” ujarnya.

Pada 25 Oktober lalu, Mohd Na’im tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menyebarkan fitnah atau provokasi politik yang bertujuan menjatuhkan kredibilitinya dan kerajaan Madani, terutamanya yang melibatkan sensitiviti agama serta institusi pondok.

Sebagai langkah awal, laporan polis telah dibuat pada 24 Oktober lepas, dan siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. B

eliau turut memohon bantuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk mengenal pasti identiti sebenar penyebar fitnah tersebut.

Berita berkaitan
Fitnah program KPM di Gereja: Fadhlina minta penyebar tampil mohon maaf
March 14, 2026· Isu semasa
Caprice saman Rafizi RM10 juta
February 27, 2026· Politik
Bestinet saman RM1 bilion terhadap Malaysiakini, Rafizi dan beberapa pihak lain
February 24, 2026· Isu semasa
Rafizi nekad teruskan saman fitnah terhadap Caprice
February 20, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Ringgit dijangka diniagakan dalam julat RM3.93 hingga RM3.98: Laporan
6 jam lalu · Isu semasa
SUHAKAM bantah guna SOSMA terhadap kanak-kanak
6 jam lalu · Isu semasa
Penipuan pelaburan cecah RM188 juta awal tahun ini: Polis
6 jam lalu · Isu semasa
Konflik Asia Barat dijangka beri tekanan inflasi kepada negara: Akmal Nasrullah
6 jam lalu · Isu semasa
Ekonomi negara masih kukuh hadapi krisis Asia Barat: Zafrul
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok