Fuziah dakwa media manipulasi kenyataan berhubung isu RM100 cukup sebulan

August 27, 2025 · Isu semasa

Fuziah Salleh menyuarakan kekecewaan terhadap laporan media yang didakwanya memanipulasi ucapannya berhubung Program Kotak Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) itu menjelaskan laporan tersebut adalah berniat jahat dan gagal menggambarkan dengan jelas usaha kerajaan dalam membantu rakyat dan terkilan dengan laporan media yang tidak tepat.

“Saya terkilan melihat laporan media berkenaan yang tidak menggambarkan usaha kerajaan dengan tepat. Setiap media harus lebih bertanggungjawab dan mengambil konteks penuh ucapan menteri supaya tidak menyinggung rakyat serta memberikan gambaran secara menyeluruh.

“Saya syak ada pihak berniat jahat (mala fide) kerana pandangan saya dimanipulasi,” katanya dipetik laporan media.

Menurutnya, setiap media perlu lebih bertanggungjawab dan mengambil kira konteks penuh ucapan menteri agar tidak menyinggung perasaan rakyat serta memberikan gambaran yang menyeluruh.

Terdahulu, beberapa portal media melaporkan bahawa Fuziah menyatakan walaupun nilai RM100 kecil bagi sesetengah orang, namun bagi warga emas yang hidup berpasangan, jumlah itu cukup untuk menampung keperluan bagi tempoh sebulan.

Laporan itu mencetuskan bantahan dan debat dalam kalangan pengguna media sosial yang menyifatkan beliau tidak memahami penderitaan rakyat.

Mengulas lanjut, Fuziah menjelaskan berita tersebut dilaporkan di luar konteks daripada maksud sebenar yang ingin disampaikannya.

Beliau berkata kenyataannya itu merujuk kepada nilai sumbangan SARA iaitu RM100 yang diberikan oleh kerajaan bagi membantu rakyat mendapatkan barang keperluan asas.

“Suka saya menjelaskan pernyataan yang dibuat merujuk kepada nilai sumbangan SARA iaitu RM100 diberikan oleh kerajaan bagi membantu rakyat mendapatkan barang keperluan asas.

“Secara normalnya, apabila pembelian barang keperluan asas yang ditawarkan dalam SARA seperti sekampit beras, minyak masak, gula, tepung, sepapan telur, kicap dan lain-lain, kebiasaannya berkemungkinan mampu menampung keperluan hampir sebulan buat sesetengah warga emas yang tiada banyak tanggungan,” ujarnya lagi.

Fuziah menekankan kerajaan sentiasa mengambil perhatian yang serius dalam membantu meringankan perbelanjaan rakyat dari semasa ke semasa.

Berita berkaitan
Pelan baharu tangani kos sara hidup dilancar tahun ini: Armizan
3 jam lalu· Isu semasa
Bantuan SARA RM100 disalurkan bermula hari ini
8 jam lalu· Isu semasa
Bantuan tunai RM100 SARA mula disalurkan Isnin depan
February 5, 2026· Isu semasa
RM150 juta dana SARA tak ditebus disalur kepada golongan rentan
February 5, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Rizab BNM cecah AS$126.9 bilion
3 jam lalu · Isu semasa
Pelabur asing terus beli saham tempatan, aliran masuk cecah RM15 juta
5 jam lalu · Isu semasa
Adam pertahan sekatan perjalanan peminjam PTPTN
6 jam lalu · Isu semasa
Ringgit kekal stabil sekitar paras RM3.94 berbanding dolar: Bernama
8 jam lalu · Isu semasa
Ternakan babi dibenar jika jauh dari kawasan penduduk: Anwar
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
Kerajaan tegas pantau kandungan AI berbahaya: Nie Ching
January 28, 2026
[VIDEO] Menteri Pertahanan beri penjelasan isu rasuah ATM di Parlimen
January 28, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok