Gempa 6.8 magnitud gegar Laut Banda, tiada ancaman tsunami

November 17, 2026 · Isu semasa

Gempa bumi kuat berukuran 6.8 magnitud melanda Laut Banda, Indonesia pada awal pagi Selasa, menyebabkan gegaran dirasai penduduk di beberapa kawasan di timur negara itu termasuk Maluku dan Papua.

Bagaimanapun, kejadian itu tidak mencetuskan ancaman tsunami berdasarkan hasil analisis pemodelan yang dijalankan Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG).

Pengarah Gempa Bumi dan Tsunami BMKG, Dr Wijayanto berkata, gempa berkenaan berlaku pada jam 4.11 pagi waktu tempatan dengan pusat gempa terletak di laut, kira-kira 132 kilometer barat daya Maluku Tenggara.

Menurutnya, gempa itu berlaku pada kedalaman 97 kilometer dari permukaan bumi.

“Setakat 4.25 pagi Waktu Indonesia Barat, hasil pemantauan BMKG tidak menunjukkan sebarang aktiviti gempa susulan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, gegaran turut dirasai penduduk di beberapa bandar termasuk Saumlaki, Tual, Sorong dan Manokwari, manakala gegaran lebih lemah dilaporkan di Nabire.

BMKG akan terus memantau perkembangan aktiviti seismik di kawasan berkenaan bagi memastikan sebarang perubahan dapat dikesan dan maklumat terkini disampaikan kepada pihak berkuasa serta orang ramai.

Wijayanto turut menasihatkan penduduk supaya tidak panik dan sentiasa mengutamakan keselamatan, khususnya dengan menjauhi bangunan yang mengalami keretakan atau kerosakan akibat gegaran.

Orang ramai juga diminta mendapatkan maklumat mengenai perkembangan gempa hanya menerusi saluran rasmi BMKG bagi mengelakkan penyebaran maklumat tidak tepat.

Indonesia sememangnya antara negara yang kerap berdepan kejadian gempa bumi kerana kedudukannya di Lingkaran Api Pasifik (Pacific Ring of Fire), iaitu kawasan yang mempunyai aktiviti tektonik dan gunung berapi yang tinggi.

Kawasan Laut Banda khususnya terletak dalam zon pertemuan beberapa plat tektonik yang menjadikannya antara kawasan aktif seismik di rantau ini.

Berita berkaitan
Prabowo mohon maaf kepada Malaysia, Singapura susulan isu jerebu
November 15, 2026· Isu semasa
Tiada bukti syarikat Malaysia cetus kebakaran hutan Indonesia: Arthur
October 28, 2026· Isu semasa
Dalang kapal bawa dadah RM785 juta dikenal pasti, polis buru suspek
October 25, 2026· Isu semasa
Kapal bawa ketamin RM785 juta milik syarikat Malaysia: Polis
October 24, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kes dadah TUDM: Kabinet akan bincang kawalan keselamatan pangkalan udara
10 jam lalu · Isu semasa
Penempatan Rohingya: Media antarabangsa lapor kerajaan Turkiye nafi kenyataan Zahid
11 jam lalu · Isu semasa
Penjara terlebih kapasiti, hampir 25,000 banduan dibebas secara lesen
11 jam lalu · Isu semasa
Lima syarikat Bumiputera berjaya disenaraikan di Bursa Malaysia
11 jam lalu · Isu semasa
Eksekutif rugi RM617,000 diperdaya pelaburan aksesori kereta
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok