GeoAI pemacu baharu transformasi digital ASEAN, himpunkan 1,000 peserta serantau

July 13, 2026 · Isu semasa

ASEAN GeoAI Fusion 2026 bukan sekadar program latihan teknologi, sebaliknya menjadi platform strategik untuk melahirkan bakat digital serantau yang mampu memanfaatkan kecerdasan buatan geospatial (GeoAI) bagi menyelesaikan cabaran dunia sebenar dan mempercepat transformasi digital di rantau ASEAN.

Diterajui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), program itu menghimpunkan lebih 1,000 peserta terdiri daripada pelajar, penyelidik, pengamal industri dan pakar teknikal dari negara-negara ASEAN bagi membangunkan kemahiran serta memperkukuh kerjasama rentas sempadan dalam bidang teknologi digital.

MCMC memaklumkan, inisiatif berkenaan memberi tumpuan kepada pembangunan modal insan yang bersedia menghadapi keperluan ekonomi digital selain memperluaskan penggunaan teknologi GeoAI dalam pelbagai sektor.

“ASEAN GeoAI Fusion 2026 mencerminkan komitmen MCMC untuk memperkukuh kerjasama digital serantau serta melahirkan bakat masa depan yang mampu memanfaatkan teknologi baharu bagi memberi impak kepada masyarakat,” menurut MCMC dalam kenyataan pada Isnin.

GeoAI ialah gabungan teknologi kecerdasan buatan dengan data geospatial dan lokasi bagi menghasilkan analisis yang lebih tepat untuk membantu proses perancangan dan membuat keputusan.

Teknologi itu semakin penting dalam mengoptimumkan rangkaian telekomunikasi, merancang pembangunan infrastruktur, meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi bencana, memantau alam sekitar serta memperluaskan liputan digital kepada komuniti yang masih kurang mendapat akses.

MCMC berpandangan, pembangunan kepakaran dalam bidang GeoAI akan membantu negara-negara ASEAN mempercepat penggunaan teknologi baharu, sekali gus meningkatkan daya saing rantau ini dalam ekonomi digital global.

Peserta telah menamatkan Bootcamp 1 yang berlangsung dari 7 hingga 9 Julai lalu menerusi sesi pembelajaran bersama pakar, latihan amali dan kajian kes berkaitan penggunaan GeoAI dalam sektor telekomunikasi serta pembangunan dasar berasaskan data.

Mereka kini bersedia mengikuti Bootcamp 2 pada 21 hingga 23 Julai ini bagi memperkukuh kemahiran teknikal, menambah baik penyelesaian yang dibangunkan sebelum membentangkannya dalam pertandingan hackathon.

Hackathon itu akan memberi peluang kepada peserta menghasilkan penyelesaian inovatif yang boleh diaplikasikan bagi menangani pelbagai isu sebenar di rantau ASEAN, termasuk memperkukuh kesalinghubungan digital, meningkatkan daya tahan terhadap bencana dan merancang pembangunan infrastruktur yang lebih cekap.

ASEAN GeoAI Fusion 2026 merupakan antara inisiatif MCMC untuk mengukuhkan ekosistem inovasi digital menerusi kerjasama kerajaan, institusi pengajian tinggi, industri dan komuniti teknologi.

Program itu turut menyokong aspirasi ASEAN membentuk rantau yang lebih berhubung, berdaya tahan dan inklusif, dengan pembangunan bakat digital sebagai teras utama pertumbuhan ekonomi masa depan.

Berita berkaitan
Fahmi : Penjual dadah guna istilah pelik, kelirukan pengguna dalam talian
19 jam lalu· Isu semasa
Fahmi: Ekonomi digital ASEAN sasar AS$2 trilion menjelang 2030
20 jam lalu· Isu semasa
Fahmi: Malaysia mahu ASEAN bersatu bendung ancaman dalam talian
September 9, 2026· Isu semasa
MCMC diminta sekat jualan dadah dalam talian: Fahmi
September 7, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Nasib Najib ditentukan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan bermesyuarat esok
16 jam lalu · Isu semasa
Wanita Malaysia ditahan bawa ganja RM2.2 juta di India: Laporan
16 jam lalu · Isu semasa
Harga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik 25 sen
September 9, 2026 · Isu semasa
Haji 2027: B40 bayar RM15,000, T20 RM33,300
September 9, 2026 · Isu semasa
Anwar terkesan kehilangan juruterbang Zainol Afiq dalam nahas
September 9, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok