Guan Eng pula bidas Akmal, dakwa ancam perpaduan negara

August 12, 2025 · Politik

Lim Guan Eng, menyeru tindakan tegas terhadap Ketua Pemuda UMNO, Dr. Akmal Saleh, yang didakwa mengancam keharmonian negara dalam isu kesilapan pemasangan Jalur Gemilang oleh seorang peniaga di Pulau Pinang.

Penasihat DAP itu mendakwa Akmal telah melanggar prinsip Rukun Negara dengan cuba campur tangan dalam proses pendakwaan serta membuli seorang warga emas yang sudah memohon maaf dan ditahan polis.

“Akmal mengugut akan adakan protes di kedai itu di Kepala Batas jika pemiliknya tidak didakwa esok. Kenapa perlu provokasi sedangkan pihak berkuasa sudah bertindak?” soal Lim dalam kenyataannya.

Beliau menyokong kenyataan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, yang mengecam cubaan mempolitikkan kesilapan tidak sengaja rakyat biasa.

DAP akan pertahankan peniaga tersebut dan mengedarkan 831 Jalur Gemilang sebagai simbol perpaduan jika ada gangguan.

Walaupun Akmal berkata akan tetap lawat kedai berkenaan, beliau membatalkan rancangan ‘kelas memasang bendera’ setelah DAP pasang bendera gergasi di situ.

Lim menegaskan Akmal tidak boleh dibiarkan terus menyebarkan naratif berbahaya yang penuh kebencian dan campur tangan keadilan.

“Kementerian Dalam Negeri perlu bertindak kerana dia ancam perpaduan dan kedaulatan undang-undang,” tegasnya.

Insiden ini tercetus selepas tularnya video 21 saat yang memaparkan dua lelaki di kedai perkakasan tersebut seperti sengaja memasang dan mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik. Kejadian itu mencetuskan kecaman meluas di media sosial.

Berita berkaitan
Aziz Bari gesa UMNO, PAS henti pertikai RCI Tabung Haji
August 26, 2026· Politik
Polis rakam keterangan Hadi, telefon pentadbir Facebook diambil: Laporan
August 22, 2026· Isu semasa
Aziz Bari cabar PAS bentuk kabinet bayangan, bukan hanya pandai kritik
August 22, 2026· Politik
Dakwa Malaysiakini bawa ‘ajaran sesat’, Aziz Bari bidas tindakan Hadi
August 21, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Ismail Sabri bebas dengan jaminan RM300,000 dibayar anak
1 jam lalu · Politik
PKR Kedah: Sanusi jangan alih tiang gol, jawab isu lesen judi
2 jam lalu · Politik
RM14.7 juta, mata wang asing dan emas: Ismail Sabri didakwa
6 jam lalu · Politik
Anwar: Kebebasan mahasiswa mesti diberi sepenuhnya
18 jam lalu · Politik
Kes pengisytiharan harta: Ismail Sabri akan didakwa esok
22 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok