Had Umur akaun media sosial dijangka berkuatkuasa bermula Jun

March 31, 2026 · Isu semasa

Kerajaan dijangka melaksanakan had umur minimum 16 tahun bagi pembukaan akaun media sosial seawal Jun ini, sebagai langkah melindungi golongan kanak-kanak daripada risiko dalam talian.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, pihak kerajaan kini memberi ruang kepada platform media sosial untuk melakukan pelarasan termasuk menapis akaun sedia ada dan menyekat pendaftaran baharu bagi pengguna bawah umur.

“Kita jangka pelaksanaan mungkin hujung Jun, atau lebih awal jika semua proses berjalan lancar.

“Tidak mustahil untuk mula lebih awal,” katanya selepas merasmikan Asia-Pacific Broadcasting Union Digital Broadcasting Symposium 2026 (DBS 2026).

Langkah ini susulan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap keselamatan digital kanak-kanak, termasuk isu buli siber, pendedahan kandungan tidak sesuai dan penyalahgunaan data peribadi.

Sebelum ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan bahawa pelbagai kaedah pengesahan umur sedang diteliti bagi memastikan pelaksanaan dasar ini lebih berkesan.

MCMC turut mengadakan sesi libat urus bersama syarikat teknologi utama seperti Meta, Google dan TikTok bagi mencari pendekatan terbaik yang praktikal serta tidak membebankan pengguna.

Dalam perkembangan lain, Fahmi menyentuh mengenai kemajuan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang semakin pesat dalam industri media.

Menurutnya, walaupun AI menawarkan pelbagai kelebihan, ia tidak akan menggantikan sepenuhnya peranan manusia dalam kewartawanan.

“AI boleh bantu dari segi teknikal, tetapi dari sudut analisis dan pemikiran, ia tidak mampu menggantikan wartawan atau pembaca berita sepenuhnya,” katanya.

Namun beliau mengakui landskap industri akan berubah, dengan kemahiran menggunakan AI menjadi kelebihan utama.

Sehubungan itu, kerajaan memperkenalkan Dana Inovasi Media berjumlah RM30 juta bagi membantu organisasi media menyesuaikan diri dengan teknologi baharu.

Inisiatif ini bertujuan memperkukuh operasi tanpa menjejaskan peluang pekerjaan, di samping membuka ruang kepada model perniagaan yang lebih mampan dalam era digital.

Berita berkaitan
Dana Inovasi Media 2.0 perkasa industri media berdepan cabaran digital: Teo Nie Ching
12 jam lalu· Isu semasa
Lebih 724,000 kandungan judi dalam talian diturunkan MCMC: Teo Nie Ching
15 jam lalu· Isu semasa
MCMC siasat akaun Facebook hina Sultan Selangor
15 jam lalu· Isu semasa
Dana Inovasi Media bantu industri hadapi era AI, lindungi pekerja
November 2, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan kaji pengecualian PTPTN untuk graduan kelas pertama
7 jam lalu · Isu semasa
RM14 bilion wang tidak dituntut, ramai tak sedar: Amir Hamzah
7 jam lalu · Isu semasa
Winbox, Alibaba antara sindiket judi dalam talian terbesar dalam pantauan polis
9 jam lalu · Isu semasa
Pengerusi TH terima Ijazah Kehormat Doktor Da’wah dan Pengurusan USIM
12 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah keluar injunksi halang Bloomberg siar artikel berkait Farhash: Laporan
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
November 1, 2026
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok