Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.
Isu berkaitan beberapa projek di Perlis dikenal pasti sebagai antara faktor utama yang mencetuskan krisis politik sehingga membawa kepada peletakan jawatan Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli.
Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dipetik laporan media ketika ditemui dalam sidang media di Marang hari ini mendakwa terdapat banyak projek berskala besar di Perlis yang tidak dilaksanakan mengikut peraturan.
Menurutnya, keadaan itu mewujudkan tekanan hebat dalam pentadbiran negeri.
“Projek terlalu banyak, dan ada yang tidak ikut peraturan. Itu satu kesalahan. Di sebaliknya ada rasuah dan pelbagai perkara lain,” katanya.
Hadi turut menyatakan Mohd Shukri tidak mampu mengikut tekanan tersebut namun enggan menamakan pihak yang terlibat.
“Bila tekanan terlalu kuat, kita terpaksa bertindak,” tambahnya lagi.
Namun begitu, beliau tidak memperincikan projek yang dimaksudkan.
Situasi politik Perlis sebelum ini dilihat tidak stabil selepas lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), tiga daripada PAS dan lima daripada Bersatu menandatangani Akuan Bersumpah bagi menarik balik sokongan terhadap Mohd Shukri sebagai MB.
PAS kemudiannya mengumumkan keahlian tiga ADUN terhenti serta-merta, masing-masing Saad Seman (Chuping), Fakhrul Anwar Ismail (Bintong) dan Mohd Ridzuan Hashim (Guar Sanji).
Susulan itu, Speaker DUN Perlis, Rus’sele Eizan, mengisytiharkan kekosongan luar jangka di ketiga-tiga kerusi berkenaan.
Dalam pada itu, Hadi menegaskan peletakan jawatan Mohd Shukri bukan kerana kegagalan pentadbiran atau bersikap zalim, sebaliknya beliau menjadi mangsa keadaan.
“Dia menteri besar yang turun ke medan, dan orang masih sokong dia. Tapi dia sendiri sudah tidak mahu jadi menteri besar,” katanya.
Krisis ini terus menjadi perhatian ramai ketika landskap politik negeri masih belum menemui titik penyelesaian yang jelas.
Tak dicalonkan dalam PRN bukan alasan sabotaj parti: Aminuddin
Anwar dakwa sikap tak sabar punca PRN Negeri Sembilan terpaksa diawalkan
PKR bidas tindakan MP Petaling Jaya letak jawatan dalam parti
Rumah Jamal disita: 14 barang akan dilelong 22 Jun
Bila Samsuri nak lantik Pengerusi PN Negeri Sembilan, PRN dah dekat: Sanjeevan
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi