Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No.2) 2026 bagi mengasingkan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya bakal dibawa kerajaan Madani.
Tugas-tugas Ketua Hakim Negara akan dipangku sementara Hakim Besar Malaya selepas persaraan wajib Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang masih belum diumumkan penggantinya.
Keputusan itu dibuat selaras dengan Perkara 131A Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 9 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 [Akta 91].
Menurut kenyataan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia, pelaksanaan tanggungjawab itu turut merangkumi kuasa serta fungsi Ketua Hakim Negara di bawah Perlembagaan.
Ia akan diteruskan sehingga pelantikan rasmi dibuat bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut.
“Pentadbiran kehakiman Malaysia sentiasa kekal teguh dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai penjaga keadilan dan akan terus berkhidmat dengan penuh dedikasi untuk rakyat dan negara,” katanya.
Tengku Maimun merupakan Ketua Hakim Negara wanita pertama di negara ini menjawat jawatan itu antara 2 Mei 2019 hingga 1 Julai 2025.
Ulama tampil bincang RCI Tabung Haji, gesa amanah pendeposit dibela
1,098 Pusat NADI sasar pecah rekod MBOR dalam program Senam Sihat MADANI
AUKU mansuh, Anwar mahu mahasiswa bebas bersuara
Doktor terpedaya pelaburan online, rugi RM558,000
Anak nafi dakwaan tular Abdul Azeez ditahan SPRM
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri