Hampir RM50 bilion hutang 1MDB ditanggung kerajaan: PMX

December 2, 2025 · Isu semasa

Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa beban kewangan terbesar yang terpaksa dipikul oleh kerajaan hari ini adalah hutang peninggalan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang mencecah hampir RM50 bilion sejak 2018.

Perdana Menteri semasa di Dewan Rakyat memberitahu jumlah hutang 1MDB tersebut merangkumi prinsipal dan komitmen faedah yang tinggi yang sehingga hari ini perlu ditanggung kerajaan untuk membayar semula.

“Hutang terbesar masih 1MDB yang diwarisi sejak 2018. Keseluruhan RM34 bilion termasuk komitmen faedah bernilai RM17 bilion.

“Jadi, jumlah hutang 1MDB mencecah hampir RM50 bilion,” jelas Anwar pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau mengulas pertanyaan Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan, mengenai status terkini hutang negara.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, memaklumkan setakat ini kerajaan telah berjaya melangsaikan sebahagian besar liabiliti itu sebanyak RM42 bilion, meliputi prinsipal dan faedah.

Alhamdulillah kerana kita juga dapat pulangan balik sebanyak RM29 bilion kerana usaha semua jabatan, Jabatan Peguam Negara, Kementerian Kewangan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia,” katanya.

Namun, beliau menegaskan masih terdapat baki hutang yang perlu diselesaikan.

Hutang besar ini berpunca dari pengurusan dana pembangunan strategik 1MDB, yang ditubuhkan pada 2009 di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri Najib Razak.

Skandal kewangan global yang melanda dana itu telah menyebabkan kerajaan terpaksa menjamin obligasi hutangnya bagi mengelakkan kegagalan bayar yang lebih teruk, seterusnya membebankan kewangan negara selama bertahun-tahun.

Dalam keterangannya, Perdana Menteri turut menegaskan komitmen kerajaan untuk memastikan hutang negara dan defisit fiskal kekal pada trajektori menurun melalui tadbir urus fiskal yang lebih ketat dan telus.

Berita berkaitan
Sheikh Umar: Sepatutnya Zahid patut letak jawatan, bukan Loke
2 jam lalu· Politik
Skandal FELDA: Laporan awal mula didedah minggu depan
2 jam lalu· Isu semasa
Pengampunan Najib: Anwar dedah apa yang dibincangkan dengan Agong
3 jam lalu· Politik
Isu letak jawatan: Anwar mahu jumpa Loke selepas pulang dari Shanghai
3 jam lalu· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Kes scam: Pesara guru rugi RM15,000 ditipu sindiket menyamar pegawai polis
2 jam lalu · Isu semasa
Projek Kampung Angkat MADANI perkasa kemudahan dua kampung di Kuala Pilah: Fahmi
3 jam lalu · Isu semasa
Akta Tahanan Rumah: Tahanan reman mungkin tidak lagi duduk di penjara
10 jam lalu · Isu semasa
Amaran kecemasan dikeluarkan di tujuh kawasan Saudi
September 19, 2026 · Isu semasa
Bil elektrik boleh turun hingga RM47 sebulan mulai Oktober: TNB
September 18, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok