Hanya 15 peratus rakyat beli diesel pada harga pasaran: PMX

April 18, 2026 · Isu semasa

Anwar Ibrahim menjelaskan kenaikan harga diesel hanya memberi kesan langsung kepada sekitar 15 peratus rakyat di negara ini, manakala majoriti 85 peratus lagi masih menikmati harga subsidi.

Menurut Perdana Menteri, dapatan itu berdasarkan kajian semasa kerajaan berhubung pelaksanaan penyasaran subsidi bahan api yang kini menjadi antara fokus utama dalam usaha mengukuhkan kedudukan fiskal negara.

“Orang bangkitkan harga minyak diesel yang tinggi, saya akui dan setuju ada yang terkesan termasuk sektor pengangkutan.

“Namun, hanya 15 peratus rakyat membeli pada harga pasaran, manakala 85 peratus lagi masih membeli dengan harga subsidi,” katanya ketika berucap selepas merasmikan Terminal Baharu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra hari ini.

Anwar turut menegaskan terdapat kekeliruan dalam kalangan masyarakat apabila ada pihak mendakwa golongan nelayan turut terkesan secara langsung dengan kenaikan harga diesel.

“Ada yang marah dan kata nelayan terjejas, sedangkan mereka masih menikmati subsidi. Jadi jangan beri gambaran yang tidak tepat,” katanya.

Pada masa sama, beliau memberi jaminan bahawa kerajaan sentiasa berusaha mencari jalan untuk mengurangkan tekanan kos sara hidup rakyat melalui rundingan berterusan.

“Apakah kita perlu ambil langkah untuk meringankan beban rakyat? Ya, kita adakan rundingan setiap hari bagi memastikan langkah terbaik diambil,” jelasnya.

Isu kenaikan harga diesel sebelum ini mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan rakyat, khususnya melibatkan kos pengangkutan dan harga barangan.

Kerajaan bagaimanapun menegaskan pendekatan penyasaran subsidi adalah penting bagi memastikan bantuan sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan, di samping mengurangkan ketirisan dan beban kewangan negara.

Berita berkaitan
Anwar sampaikan keresahan keluarga mangsa masih hilang kepada PM Nepal: Bernama
2 jam lalu· Isu semasa
Hassan saran Anwar kekalkan Loke dalam Kabinet, tolak peletakan jawatan
3 jam lalu· Politik
Anwar imbau detik di Penjara Sungai Buloh
6 jam lalu· Politik
Skandal FELDA: Laporan awal mula didedah minggu depan
September 20, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Tiga pelakon ditahan susulan video tular persenda Rukun Negara
4 jam lalu · Isu semasa
53 ditahan dalam Op Pedo 3.0, guru dan pembantu makmal antara suspek
5 jam lalu · Isu semasa
Kes scam: Panik kena dakwa, wanita jual barang kemas RM500,000
6 jam lalu · Isu semasa
1MDB mohon izin rayu keputusan libat firma guaman UK
September 21, 2026 · Isu semasa
Lawatan Anwar ke Shanghai perkukuh hubungan Malaysia-China
September 21, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok