Kes Polis.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempertahankan tindakan menggunakan Akta Hasutan 1948 terhadap pengguna media sosial yang didakwa mencetuskan provokasi berkaitan dasar kerajaan dan isu semasa.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman M Kumar berkata, kenyataan berunsur hasutan di platform digital bukan sahaja mencetuskan perpecahan dalam kalangan pengguna, malah berpotensi menimbulkan permusuhan dalam masyarakat jika tidak dikawal lebih awal.
“Kenyataan atau tindakan berunsur hasutan seperti ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia boleh menggugat keharmonian masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau menegaskan undang-undang sedia ada melarang sebarang perbuatan yang boleh menimbulkan kebencian terhadap institusi diraja dan kerajaan, dan tindakan tegas akan diambil terhadap pelanggaran tersebut.
Kenyataan itu dibuat susulan kontroversi melibatkan seorang pengguna TikTok yang didakwa ditahan kerana memuat naik kandungan mengkritik perdana menteri.
Individu dikenali sebagai Jorjet Myla dilaporkan direman selama tiga hari, namun setakat ini pihak polis belum mengesahkan penahanan berkenaan.
Isu tersebut turut mencetuskan reaksi daripada beberapa pihak, termasuk Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) yang menyifatkan tindakan berkenaan sebagai tidak seimbang dan berpotensi menyalahi prinsip undang-undang.
Menurut Suhakam, kebebasan bersuara termasuk hak mengkritik kerajaan dan pemimpin adalah dilindungi di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Untuk rekod, Akta Hasutan 1948 merupakan undang-undang era penjajahan yang telah lama menjadi perdebatan di Malaysia, khususnya berkaitan keseimbangan antara keselamatan negara dan kebebasan bersuara.
Walaupun terdapat janji pembaharuan sebelum ini, akta tersebut kekal digunakan dalam kes melibatkan ucapan yang dianggap mengancam ketenteraman awam.
Shuhaily kembali bertugas di AKPS, pengganti belum dibincang: Saifuddin
Bekalan makanan negara cukup untuk enam bulan: Zahid
Minyak dunia berisiko melonjak AS$140 setong: Goldman Sachs
Ringgit dibuka tinggi didorong jangkaan normalisasi OPR: Bernama
Johari: Kebergantungan pekerja asing perlu dikurangkan segera
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum