Harga minyak dunia sukar turun pada masa terdekat: Menteri Ekonomi

4 jam lalu · Isu semasa

Harga minyak mentah global dijangka sukar untuk kembali ke paras AS$65 setong dalam masa terdekat susulan ketidaktentuan berterusan dalam pasaran tenaga dunia.

Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, situasi semasa menunjukkan perubahan besar dalam landskap ekonomi global, sekali gus menandakan kemunculan norma baharu yang lebih mencabar.

“Harga minyak untuk kembali ke AS$65 setong mungkin hanya tinggal memori. Kalau berlaku, Alhamdulillah, tetapi realitinya keadaan kini tidak semudah dahulu,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Ekonomi hari ini.

Beliau menjelaskan, krisis tenaga global yang berlarutan, termasuk ketegangan geopolitik dan gangguan rantaian bekalan, telah memberi kesan langsung kepada harga minyak serta kestabilan ekonomi dunia.

Antara faktor utama ialah gangguan di Selat Hormuz yang menjejaskan kira-kira 20 peratus bekalan minyak dan gas global.

Menurutnya, kesan daripada situasi ini sudah mula dirasai dan proses pemulihan dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya 18 bulan, khususnya berikutan kerosakan kemudahan penapisan di Asia Barat.

“Gangguan ini bukan sahaja menjejaskan bekalan tenaga, malah meningkatkan kos lain seperti insurans pengangkutan yang kini dilaporkan meningkat dua kali ganda,” katanya.

Tambah beliau, kekurangan bahan mentah seperti resin untuk industri pembuatan turut memberi kesan kepada rantaian bekalan global, yang akhirnya boleh menekan kos hidup rakyat.

Harga minyak dunia sebelum ini pernah stabil sekitar paras AS$60 hingga AS$70 setong, namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pasaran menjadi lebih tidak menentu akibat konflik geopolitik, sekatan perdagangan dan pemulihan ekonomi pasca pandemik yang tidak sekata.

Sehubungan itu, Akmal menegaskan keperluan untuk semua pihak meningkatkan kecekapan dan profesionalisme dalam menghadapi cabaran semasa.

“Kita perlu bertindak lebih cekap dan berkesan kerana perubahan berlaku dengan sangat pantas. Keupayaan menyesuaikan diri akan menentukan kestabilan ekonomi negara,” katanya.

Beliau turut menekankan kesiapsiagaan menghadapi norma baharu ini penting bagi memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara dalam tempoh mendatang.

Berita berkaitan
Kapal kedua lepasi Selat Hormuz dijangka tiba hujung minggu ini: Fahmi
1 jam lalu· Isu semasa
Pelabur terus yakin ekonomi Malaysia kukuh: Anwar
4 jam lalu· Isu semasa
Harga minyak dunia naik selepas ketegangan di Selat Hormuz memuncak
7 jam lalu· Isu semasa
Sultan Selangor cadang tangguh SUKMA 2026 ekoran krisis dilanda negara
7 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Tsunami pertama landa Pantai Iwate selepas gempa kuat di Jepun
April 20, 2026 · Isu semasa
Kes rasuah terowong: Pendakwaan mohon pindaan pertuduhan terhadap Guan Eng
4 jam lalu · Isu semasa
Kempen Internet Selamat diperluas guna pendekatan rakan sebaya
4 jam lalu · Isu semasa
Pengukuhan ringgit cerminan asas ekonomi negara yang kuat: PMX
7 jam lalu · Isu semasa
Pengisytiharan turunkan Tuanku Muhriz tidak sah: MB Negeri Sembilan
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok