Harga minyak, elektrik sudah turun… Kenapa masih nak Anwar turun lagi?

July 26, 2025 · Politik

Kerajaan komited dengan prinsip Perlembagaan yang menjamin kebebasan bersuara rakyat negara ini, kata Saifuddin Nasution Ismail.

Menteri Dalam Negeri berkata atas prinsip itu, pihaknya tidak terlalu memberi tumpuan kepada perhimpunan yang berlangsung di ibu negara hari ini.

“Bila mahkamah kata tak perlu maklumkan kepada polis, kita ikut…mereka minta (Perdana Menteri Anwar Ibrahim) turun, Anwar dah turunkan harga minyak. Mereka minta Anwar turun, Anwar turunkan tarif elektrik. Masih nak turun lagi?

“Tapi isu pokok yang saya nak sebut ialah kalau pembangkang betul-betul menghormati prinsip demokrasi, saya nak lontarkan dua soalan, mereka hendak lakukan di luar Parlimen atau di dalam Parlimen?” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Pusat Temu Duga Kanak-kanak (CIC) Kontinjen Kedah di Alor Setar hari ini.

Saifuddin Nasution berkata jika sebarang tuntutan terhadap kerajaan dibuat di luar Parlimen seperti melakukan perhimpunan, ia tidak akan memberi apa-apa kesan.

“Dalam Parlimen, Perdana Menteri dah buka seluas-luasnya peluang dan pembangkang boleh buat usul undi tak percaya.

“Dalam kes ini, Perdana Menteri kata usul pembangkang akan didahulukan, urusan kerajaan akan ditangguh dulu. Tapi sidang Parlimen dah lima hari, sunyi sepi,” katanya.

Saifuddin Nasution berkata jika pihak pembangkang memahami proses demokrasi dan mahu menggunakan jalur demokrasi untuk menjatuhkan seseorang, ia sepatutnya melalui Parlimen.

“Yang ada, riuh rendah kat luar nak berkumpul. Jadi, rakyat boleh tengok sekarang ini, nak pegang prinsip demokrasi atau sebenarnya nak wujudkan keresahan?

“Nak paparkan wajah hodoh, nak bagi isyarat buruk kepada potensi pelabur, ketika ekonomi sedang mula bergerak ke arah yang lebih baik,” katanya. – Bernama

Berita berkaitan
Tolak politik kebencian, perkukuh perpaduan: Anwar
10 jam lalu· Politik
PRN Melaka: PH umum 21 calon akan bertanding, Adly Zahari pertahan Bukit Katil
10 jam lalu· Politik
Kerajaan sanggup tanggung subsidi minyak demi rakyat: PMX
16 jam lalu· Isu semasa
Anwar: Ekonomi meningkat, masalah kos sara hidup rakyat tak diabaikan
16 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
PRN Melaka: Zahid mahu jentera BN terima PAS, alu-alukan kerjasama
10 jam lalu · Politik
BN umum 21 calon, Akmal dan Helmy kekal bertanding
10 jam lalu · Politik
Pemimpin MCA keluar majlis pengumuman calon, bantah agihan kerusi di Melaka: Laporan
11 jam lalu · Politik
Zahid: PN hanya dapat tujuh kerusi, tak layan tuntutan lebih-lebih
16 jam lalu · Politik
Saifuddin bidas pembangkang sesama sendiri pun berpecah
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok