Hasil siasatan isu saham Azam Baki akan diumum selepas siasatan selesai

April 1, 2026 · Isu semasa

Kerajaan memberi jaminan akan mendedahkan hasil siasatan berhubung isu pemilikan saham melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki, selepas semua proses siasatan dimuktamadkan.

Jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil, berkata komitmen itu telah dipersetujui oleh jemaah menteri, termasuk perdana menteri, namun menegaskan siasatan perlu diselesaikan sepenuhnya terlebih dahulu.

“Komitmen daripada jemaah menteri khususnya perdana menteri ialah, setelah kedua-dua aspek siasatan selesai, dapatan itu memang akan diumumkan. Itu komitmen daripada perdana menteri,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat kabinet hari ini.

Menurut Fahmi, proses siasatan kini berada di bawah tanggungjawab Ketua Setiausaha Negara, Shamsul Azri Abu Bakar, dan kerajaan memberi ruang kepada pihak berkaitan untuk melengkapkan siasatan secara menyeluruh.

Isu ini timbul apabila Azam berdepan dakwaan memiliki saham melebihi had yang dibenarkan bagi penjawat awam.

Dakwaan tersebut turut mendapat perhatian media antarabangsa yang mengaitkannya dengan kemungkinan elemen manipulasi korporat.

Bagaimanapun, SPRM sebelum ini menjelaskan Azam telah mematuhi sepenuhnya keperluan pengisytiharan harta, termasuk melalui Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS), melibatkan sumber pendapatan serta urus niaga aset.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata siasatan turut melibatkan aspek berkaitan pengubahan wang haram yang masih berjalan.

“Seperti yang dijelaskan oleh pasukan AMLA, proses siasatan masih berterusan. Oleh itu, kita mesti memastikan ia selesai sepenuhnya sebelum sebarang dapatan diumumkan,” katanya.

Kes ini menjadi perhatian umum sejak beberapa tahun lalu, mencetuskan perbahasan mengenai ketelusan dan integriti dalam kalangan pegawai tinggi kerajaan.

Pendedahan hasil siasatan kelak dijangka menjadi penentu penting terhadap persepsi awam terhadap institusi penguatkuasaan negara.

Berita berkaitan
Projek jalan luar bandar: Mahfuz sindir Zahid, jangan hanya pandai salahkan MOF
12 jam lalu· Politik
Mahkamah keluar injunksi halang Bloomberg siar artikel berkait Farhash: Laporan
12 jam lalu· Isu semasa
Kes rasuah kuota pekerja asing Saravanan dibicarakan Mac depan
14 jam lalu· Politik
PRN Melaka: SPRM buka bilik gerakan 24 jam, orang ramai boleh buat aduan
October 30, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan kaji pengecualian PTPTN untuk graduan kelas pertama
7 jam lalu · Isu semasa
RM14 bilion wang tidak dituntut, ramai tak sedar: Amir Hamzah
7 jam lalu · Isu semasa
Winbox, Alibaba antara sindiket judi dalam talian terbesar dalam pantauan polis
9 jam lalu · Isu semasa
Pengerusi TH terima Ijazah Kehormat Doktor Da’wah dan Pengurusan USIM
12 jam lalu · Isu semasa
Dana Inovasi Media 2.0 perkasa industri media berdepan cabaran digital: Teo Nie Ching
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
November 1, 2026
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok