Hassan Karim gesa siasat operasi Network School di Forest City, bimbang keselamatan negara

July 15, 2026 · Isu semasa

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim menggesa kerajaan menjalankan penelitian menyeluruh terhadap operasi Network School di Forest City, Johor susulan kebimbangan ia berpotensi menimbulkan risiko kepada keselamatan negara dan laluan strategik di Selat Melaka.

Hassan berkata ancaman keselamatan masa kini tidak lagi terhad kepada aspek ketenteraan, sebaliknya turut melibatkan serangan siber, pengumpulan data dan operasi digital.

Beliau mempersoalkan sama ada kementerian serta agensi berkaitan termasuk Kementerian Komunikasi, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Digital, Kementerian Pertahanan dan Majlis Keselamatan Negara sudah menilai implikasi kewujudan pusat berkenaan.

“Adakah pihak kementerian menyedari bahaya dan ancaman kepada keselamatan negara apabila pakar digital dan pempengaruh bertaraf global yang mempunyai hubungan rapat dengan negara haram Zionis Israel serta dikatakan mempunyai kaitan dengan agensi perisikan Mossad menggunakan Network School?” katanya semasa membahaskan Rang Undang-Undang Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2026 di Dewan Rakyat hari ini.

Hassan turut mendakwa menerima maklumat Network School digunakan sebagai lokasi mengumpul data dan melatih rekrut, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap kedudukan Forest City yang terletak berhampiran laluan perkapalan antarabangsa di Selat Melaka.

“Ada kemungkinan akhirnya ia boleh mengancam Selat Melaka sebagai laluan antarabangsa dan keselamatan negara secara keseluruhan,” katanya.

Isu Network School mula menjadi perhatian selepas timbul dakwaan terdapat warga Israel menyertai program di pusat berkenaan dengan menggunakan pasport negara kedua.

Semalam, Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi memaklumkan kerajaan negeri memandang serius perkara itu dan menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh terhadap operasi Network School.

Menurutnya, Johor tidak akan membenarkan mana-mana pihak menjadikan negeri itu sebagai tapak untuk menyebarkan ideologi atau menjalankan gerakan yang bercanggah dengan undang-undang serta menjejaskan kedaulatan negeri dan negara.

Susulan kontroversi itu, Jabatan Imigresen Malaysia menjalankan pemeriksaan terhadap sebuah komuniti antarabangsa di Forest City melibatkan 266 warga asing dari 40 negara.

Ketua Pengarah Imigresen, Zakaria Shaaban dilaporkan berkata semakan awal mendapati semua individu yang diperiksa memiliki dokumen imigresen yang sah mengikut rekod semasa.

Namun, beliau memaklumkan siasatan lanjut masih diteruskan bagi memastikan semua penghuni mematuhi syarat kemasukan negara serta peruntukan Akta Imigresen 1959/63 dan undang-undang berkaitan.

Berita berkaitan
Pengguna Waze dedah paparan data yang disimpan, cetus persoalan privasi
October 25, 2026· Isu semasa
Anwar: Waze mungkin diharamkan demi keselamatan negara
October 23, 2026· Isu semasa
Larangan Waze: NGO mahu Malaysia perluas boikot produk Israel
October 21, 2026· Isu semasa
Hassan saran Anwar kekalkan Loke dalam Kabinet, tolak peletakan jawatan
September 22, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Belanjawan 2027 angkat institusi Islam, pandangan tokoh agama diambilkira: PMX
2 jam lalu · Isu semasa
47,412 kandungan buli siber diminta dipadam, TikTok rekod tertinggi: Fahmi
2 jam lalu · Isu semasa
AGC ketuai siasatan khas jenayah kewangan, tiada individu atau syarikat terkecuali
2 jam lalu · Isu semasa
Harga diesel tanpa subsidi naik 20 sen, RON95 cecah RM4.42
2 jam lalu · Isu semasa
56,304 kandungan palsu diturunkan sejak 2023
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok