Himpunan bantah harga minyak tak selesaikan kos sara hidup: AMK Johor

4 jam lalu · Politik

Himpunan membantah kenaikan harga bahan api yang dianjurkan pembangkang disifatkan tidak membawa penyelesaian kepada isu kos sara hidup yang sedang menghimpit rakyat ketika ini.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor Faezuddin Puad berkata, tekanan kenaikan harga bahan api bukan hanya berlaku di Malaysia, malah merupakan fenomena global yang turut menjejaskan banyak negara termasuk pengeluar minyak.

Menurut beliau, beberapa syarikat tenaga antarabangsa seperti Saudi Aramco dan Sonatrach dilaporkan telah menaikkan harga rasmi gas petroleum cecair (LPG) antara 38 hingga 80 peratus.

“Keadaan ini bukan unik kepada Malaysia. Negara ASEAN juga berdepan cabaran sama apabila Filipina mengisytiharkan darurat tenaga, manakala Thailand, Indonesia dan Singapura melaksanakan pelarasan harga bahan api masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menjelaskan, kenaikan harga tenaga global sejak beberapa tahun kebelakangan ini berpunca daripada pelbagai faktor termasuk ketidaktentuan geopolitik, gangguan rantaian bekalan serta pemulihan ekonomi pasca pandemik Covid-19 yang meningkatkan permintaan tenaga secara mendadak.

Pada masa sama, Faezuddin mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan himpunan bantahan yang menurutnya tidak menawarkan jalan penyelesaian sebenar.

“Masyarakat tidak perlu membuang masa menghadiri himpunan seperti ini kerana ia tidak akan menyelesaikan masalah, sebaliknya hanya menjadi pentas pihak tertentu menunggang kemarahan rakyat,” katanya.

Beliau turut mengkritik pembangkang yang didakwa gagal mengemukakan cadangan alternatif yang konkrit bagi membantu rakyat menghadapi tekanan kos sara hidup.

“Hakikatnya, sehingga hari ini tiada satu pun cadangan serius yang dikemukakan untuk menangani krisis ini secara menyeluruh,” katanya lagi.

Isu kenaikan harga bahan api terus menjadi perhatian ramai susulan kesannya terhadap harga barangan dan perkhidmatan, sekali gus meningkatkan tekanan terhadap perbelanjaan harian rakyat.

Berita berkaitan
PKR diingatkan kekal bersatu, elak perbalahan terbuka: Ramanan
April 5, 2026· Politik
Rafizi didakwa buat sabotaj dalaman PKR
4 jam lalu· Politik
Tiada PRU pada masa terdekat, fokus pulihkan negara hadapi krisis global
20 jam lalu· Politik
Rafizi disaran muhasabah diri, henti salahkan pihak lain: PKR Maran
April 4, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Fokus bantu rakyat, UMNO sokong cadangan PMX tidak buat PRU awal
April 5, 2026 · Politik
Jawatan Ketua Pembangkang masih tergantung, Muhyiddin desak keputusan segera
April 5, 2026 · Politik
Samsuri gagal umum calon Ketua pembangkang Baharu, minta bersabar pula
20 jam lalu · Politik
PKR tak lindung pihak salah guna kuasa: Fahmi
April 3, 2026 · Politik
PKR Bukit Bintang bidas Rafizi supaya muhasabah diri, henti serang parti
April 3, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok