Hutang luar negara kekal stabil, kata Kementerian Kewangan

November 19, 2025 · Isu semasa

Kedudukan hutang luar negara Malaysia kekal stabil dan terkawal dan tiada risiko yang boleh memudaratkan ekonomi negara wujud pada masa ini.

Menurut Kementerian Kewangan (MOF), sehingga akhir suku ketiga 2025, jumlah hutang luar negara dicatatkan pada RM1.4 trilion, bersamaan 69.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), iaitu paras yang dinilai selamat.

“Berdasarkan Rangka Kerja Kemampanan Hutang oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), risiko hutang luar negeri boleh memudaratkan jika disertai dengan saiz hutang jangka pendek yang besar, pendedahan yang tinggi terhadap pinjaman dalam mata wang asing serta defisit dalam akaun semasa imbangan pembayaran.

“Risiko ini tidak wujud dalam konteks Malaysia,” jelas MOF melalui kenyataan bertulis di Dewan Rakyat.

Kementerian itu berkata profil tempoh matang hutang adalah kukuh, dengan 56.9 peratus daripada jumlah hutang terdiri daripada hutang jangka sederhana dan panjang, sekali gus mengurangkan risiko pembiayaan semula.

Dari segi rizab antarabangsa, MOF memaklumkan rizab Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$123.8 bilion (RM521.6 bilion) sehingga 31 Oktober lalu, yang melebihi paras ambang kecukupan antarabangsa.

“Rizab antarabangsa juga kekal mencukupi pada 104 peratus mengikut metrik Penilaian Kecukupan Rizab (ARA) oleh IMF,” tambah kenyataan itu.

MOF turut menegaskan hutang luar negeri Kerajaan Persekutuan adalah kecil, iaitu kurang tiga peratus daripada jumlah hutang luar negeri, dan sebahagian besarnya dalam denominasi ringgit, yang melindunginya daripada risiko ketidakpadanan mata wang.

“Bagi Malaysia, rizab antarabangsa bukan satu-satunya cara untuk memenuhi obligasi luaran.

“Syarikat korporat dan institusi kewangan Malaysia sudah membina pegangan aset luar negeri bukan rizab yang besar, yang boleh digunakan untuk memenuhi komitmen kewangan dalam mata wang asing tanpa bergantung sepenuhnya kepada rizab antarabangsa,” jelas kementerian itu.

Dengan Kedudukan Pelaburan Antarabangsa Bersih (IIP) yang positif pada RM77.3 bilion, Malaysia terus mengekalkan status sebagai sebuah negara pemiutang bersih.

Justeru, kemampuan negara untuk memenuhi keperluan luaran dan melunaskan hutang jangka pendek berada pada tahap yang kukuh.

Berita berkaitan
Kewangan Islam dijangka kuasai lebih 50 peratus aset negara: Gabenor
October 25, 2026· Isu semasa
Peminjam PTPTN bergaji RM2,500 hanya perlu bayar RM50 sebulan: Adam Adli
October 23, 2026· Isu semasa
Kawalan sempadan diperketat, 24,631 pelawat ditolak
October 22, 2026· Isu semasa
72 rakyat Malaysia ditahan dalam kes dadah di luar negara: Polis
October 22, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Pengguna Waze dedah paparan data yang disimpan, cetus persoalan privasi
18 jam lalu · Isu semasa
Fahmi umum bantuan untuk dua wartawan kemalangan
21 jam lalu · Isu semasa
Dalang kapal bawa dadah RM785 juta dikenal pasti, polis buru suspek
21 jam lalu · Isu semasa
Sultan Selangor: Teguran demi rakyat, bukan pertelingkahan
October 25, 2026 · Isu semasa
Penipuan dalam talian: Selangor catat kerugian tertinggi
October 25, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok