Kewangan Islam dijangka kuasai lebih 50 peratus aset negara: Gabenor

October 25, 2026 · Isu semasa

Industri kewangan Islam Malaysia dijangka terus berkembang dengan bahagiannya melepasi 50 peratus daripada keseluruhan aset kewangan negara dalam tempoh beberapa tahun akan datang, berbanding 48 peratus ketika ini.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Abdul Rasheed Ghaffour berkata, perkembangan itu mencerminkan peranan semakin penting kewangan Islam dalam menyokong pembiayaan perniagaan, pembangunan isi rumah dan pertumbuhan ekonomi negara.

Menurutnya, industri berkenaan menyumbang RM160 bilion dalam penerbitan sukuk bagi membiayai sektor ekonomi sebenar sepanjang 2025.

“Pembiayaan perniagaan oleh bank Islam berkembang sebanyak 9.7 peratus, menyokong perniagaan dalam pelbagai sektor ekonomi, manakala pertumbuhan pembiayaan mikro untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) mencatatkan 13.3 peratus,” katanya.

Beliau berkata, pencapaian itu turut mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju pasaran kewangan Islam dunia untuk tahun ke-14 berturut-turut berdasarkan laporan Indeks Pembangunan Kewangan Islam (IFDI) 2026.

Katanya, kejayaan itu mencerminkan usaha berterusan selama empat dekad dalam membangunkan ekosistem kewangan Islam yang menyeluruh dan progresif.

Abdul Rasheed berkata, industri kewangan Islam negara melalui empat fasa utama sejak penubuhan Bank Islam Malaysia Berhad pada 1983, bermula dengan pembinaan asas dari 1983 hingga 2000, pengarusperdanaan antara 2001 hingga 2010, kepelbagaian dan inovasi dari 2011 hingga 2021 serta pemerkasaan kewangan berasaskan nilai dari 2022 hingga kini.

Perkembangan itu menyaksikan kewangan Islam beralih daripada segmen khusus kepada komponen utama sistem kewangan negara.

Beliau berkata, kelebihan kewangan Islam terletak pada kepelbagaian struktur pembiayaan berlandaskan prinsip Syariah, termasuk perkongsian keuntungan dan risiko yang mengutamakan keadilan, ketelusan serta tadbir urus baik.

“Kewangan Islam dibezakan oleh prinsip Syariah yang mensyaratkan pembiayaan menyokong aktiviti ekonomi sebenar dan mewujudkan nilai kepada peminjam, pemegang saham serta ekonomi secara keseluruhan,” katanya.

Menurutnya, kepelbagaian struktur kontrak turut membolehkan institusi kewangan menawarkan penyelesaian melangkaui pinjaman konvensional, termasuk akaun pelaburan dengan profil risiko dan pulangan berbeza.

Mengulas hala tuju industri, beliau berkata, BNM akan terus bekerjasama dengan pemain industri dan rakan strategik bagi memperkukuh inovasi, pendigitalan serta pembangunan kewangan mampan.

Usaha itu dijangka terus memperluas peranan kewangan Islam dalam menyediakan akses pembiayaan kepada perniagaan, khususnya PMKS, selain menyokong pertumbuhan ekonomi negara secara lebih inklusif.

Berita berkaitan
Penipuan dalam talian: Selangor catat kerugian tertinggi
October 25, 2026· Isu semasa
MOF belum putuskan bantuan kewangan untuk AirAsia
October 19, 2026· Isu semasa
Hampir RM11 bilion STR, SARA disalur hingga September
October 19, 2026· Isu semasa
MoF buka ruang rayuan bantuan untuk M40 terjejas bila-bila masa
October 19, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
RM15 juta dana kreatif dibuka 16 November: Fahmi
14 jam lalu · Isu semasa
Anugerah Seri Angkasa iktiraf sumbangan warga penyiaran: Fahmi
15 jam lalu · Isu semasa
JPN sudah keluarkan 275,785 MyKad baharu, Johor rekod tertinggi
20 jam lalu · Isu semasa
Kapal bawa ketamin RM785 juta milik syarikat Malaysia: Polis
20 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan sanggup tanggung subsidi minyak demi rakyat: PMX
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok