Kedudukan ekonomi negara.
Kekuatan institusi kewangan tempatan terus menjadi tunjang utama kestabilan ekonomi Malaysia, khususnya ketika dunia berdepan ketidaktentuan akibat krisis di Asia Barat, kata Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata kerjasama erat antara kerajaan dan institusi seperti Bank Negara Malaysia (BNM) membantu memastikan sistem kewangan negara kekal kukuh serta mampu menyokong pertumbuhan ekonomi dalam situasi mencabar.
“Saya mulakan dengan menyatakan penghargaan kerana bank sudah memberikan kerjasama yang baik. Kita tahu isu yang dibangkitkan oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana tentang keupayaan mendapatkan pinjaman,” katanya selepas mempengerusikan sesi meja bulat bersama wakil institusi kewangan hari ini.
Menurut beliau, rekod sokongan kepada sektor PMKS menunjukkan perkembangan positif apabila kira-kira 80 peratus daripada kumpulan itu telah menerima bantuan pembiayaan setakat ini.
Pada masa sama, kerajaan kekal berwaspada terhadap kesan rantaian daripada konflik Asia Barat, termasuk risiko terhadap bekalan tenaga dan harga komoditi global yang boleh memberi tekanan kepada ekonomi domestik.
Anwar menegaskan pendekatan kerajaan kini lebih bersasar, berdasarkan pengalaman menghadapi krisis kewangan Asia pada akhir 1990-an serta pandemik Covid-19.
Katanya, bantuan tidak boleh diberikan secara menyeluruh tanpa mengambil kira kemampuan fiskal negara.
“Saya belajar daripada pengalaman krisis 90-an dan Covid-19 bahawa bantuan harus lebih teliti, menjurus dan tidak menyeluruh. Ia perlu fokus kepada kelompok yang benar-benar terkesan,” jelas beliau.
Tambahnya, cabaran utama kerajaan ketika ini adalah memastikan keperluan asas seperti minyak, gas dan baja kekal mencukupi bagi mengelakkan gangguan kepada pertumbuhan ekonomi.
Malaysia sebelum ini pernah melalui tekanan ekonomi besar ketika krisis kewangan Asia 1997/98 yang menyaksikan penyusutan nilai mata wang dan kejatuhan pasaran, namun berjaya pulih melalui pembaharuan dasar kewangan dan institusi.
Pengalaman itu kini menjadi rujukan penting dalam merangka strategi menghadapi ketidaktentuan global semasa.
Pasangan tular kes lucah di jirat Cina dibebaskan
Konflik Asia Barat perlu dihentikan, elak kesan ekonomi melarat: Sultan Nazrin
Jurutera rugi lebih RM27,000 akibat penipuan seks dalam talian
MCMC siasat individu buat video palsu berhubung SPRM dan Azam Baki
Tsunami pertama landa Pantai Iwate selepas gempa kuat di Jepun
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan