IPTA terima kemasukan pelajar berdasarkan merit, tiada pintu belakang: Adam Adli

June 25, 2026 · Isu semasa

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menegaskan kemasukan pelajar ke institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) dibuat berdasarkan merit dan syarat kelayakan yang ditetapkan, bukannya melalui “pintu belakang” atau dipengaruhi sentimen politik.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abdul Halim berkata dakwaan kononnya wujud laluan khas untuk kemasukan ke universiti awam, termasuk bagi pemegang Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), adalah tidak berasas.

Menurutnya, kerajaan tidak pernah menyatakan pemegang UEC boleh diterima masuk ke universiti awam secara automatik hanya berdasarkan sijil tersebut.

“Kita tidak pernah mengatakan penerimaan pemegang UEC dibuat sepenuhnya berdasarkan sistem itu sahaja. Sebaliknya, ia perlu mematuhi sistem pendidikan yang sedia ada dalam negara dan syarat yang telah ditetapkan.

“Kemasukan ke universiti tidak pernah berdasarkan sentimen politik atau selera mana-mana pihak. Ia tertakluk kepada syarat dan merit kelayakan yang berlandaskan sistem pendidikan negara,”** katanya ketika menjawab soalan tambahan Shahidan Kassim (PN-Arau) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Isu pengiktirafan UEC dan kemasukan pemegang sijil itu ke universiti awam sering menjadi perdebatan dalam landskap politik negara.

Kerajaan sebelum ini menegaskan sebarang pertimbangan terhadap pemegang UEC tetap perlu mematuhi syarat asas kemasukan yang ditetapkan, termasuk keperluan berkaitan sistem pendidikan kebangsaan.

Dalam perkembangan lain, Adam Adli memaklumkan seramai 873,765 graduan warganegara menamatkan pengajian di institusi pendidikan tinggi awam dan swasta, termasuk universiti awam, politeknik serta kolej komuniti dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini.

Beliau berkata, data Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) menunjukkan prospek pekerjaan graduan terus bertambah baik, bukan sahaja dari segi kadar kebolehpasaran malah kualiti pekerjaan yang diperoleh.

“Kadar graduan yang berjaya mendapat pekerjaan meningkat daripada 90.9 peratus pada 2023 kepada 92.5 peratus pada 2024. Kita juga melihat peningkatan dari sudut kualiti pekerjaan yang diperoleh graduan,” katanya.

Beliau turut memaklumkan peratus graduan ijazah pertama yang memperoleh pendapatan antara RM3,001 hingga RM4,000 meningkat daripada 22.7 peratus pada 2024 kepada 23.8 peratus pada 2025.

Selain itu, peratus graduan diploma dan ke atas yang bekerja dalam kategori pekerjaan mahir turut meningkat kepada 72.1 peratus pada 2025 berbanding 68.3 peratus pada 2023, sekali gus mencerminkan peningkatan padanan antara kelayakan akademik dan keperluan pasaran pekerjaan.

Berita berkaitan
Dakwa universiti awam jual tempat, ADUN Jitra dihadapkan ke mahkamah
2 jam lalu· Politik
Dakwaan masuk universiti secara tidak sah perlu dibuktikan: Zambry
June 17, 2026· Isu semasa
KPT teliti tindakan undang-undang terhadap fitnah dibuat ADUN Jitra
June 15, 2026· Isu semasa
UEC tidak gugat kedudukan Bahasa Melayu: Loke
May 17, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Malaysia terus kukuh antara negara paling aman dunia
June 25, 2026 · Isu semasa
Parlimen bebas bahas, undi calon pendakwa raya: Azalina
June 25, 2026 · Isu semasa
Kuota 200 liter RON95 cukup untuk hampir semua pengguna: Amir Hamzah
2 jam lalu · Isu semasa
Ahli NGO didakwa cuci wang hampir RM18 juta, beli banglo dan kenderaan mewah
6 jam lalu · Isu semasa
Hampir 14 juta rakyat nikmati subsidi BUDI MADANI
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok