Perang di Iran.
Ketegangan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran terus memuncak apabila Tehran menegaskan tiada sebarang rundingan akan diadakan, meskipun Washington giat mempromosikan pelan damai bagi menamatkan konflik di Asia Barat.
Rumah Putih memberi amaran Presiden AS Donald Trump, bersedia melancarkan serangan lebih besar sekiranya Iran enggan menerima perjanjian tersebut.
Jurucakapnya, Karoline Leavitt, berkata pendirian itu bukan sekadar ugutan.
“Presiden Trump tidak menggertak dan beliau bersedia mengambil tindakan tegas. Iran tidak seharusnya membuat kesilapan lagi,” katanya, sambil memaklumkan usaha diplomasi masih diteruskan.
Namun, Menteri Luar Iran Abbas Araghchi, menolak keras tawaran berkenaan dan menegaskan dasar semasa negaranya adalah untuk terus menentang tekanan AS.
“Ketika ini, dasar kami adalah meneruskan tentangan,” katanya dalam siaran televisyen negara.
Beliau turut menyifatkan cadangan rundingan oleh Washington sebagai tanda pihak itu semakin terdesak.
Konflik yang kini memasuki minggu keempat itu bermula pada 28 Februari selepas serangan oleh AS dan Israel ke atas Iran, sebelum merebak ke beberapa kawasan lain di rantau berkenaan.
Sejak itu, keganasan berterusan tanpa tanda jelas akan reda dalam masa terdekat.
Dalam perkembangan berkaitan, Pakistan dilaporkan telah menyampaikan pelan damai 15 perkara yang diusulkan AS kepada Tehran.
Bagaimanapun, media kerajaan Iran melaporkan pelan tersebut ditolak kerana tidak memenuhi syarat yang ditetapkan negara itu.
Seorang pegawai yang dipetik oleh Press TV berkata Iran mahukan jaminan keselamatan jangka panjang bagi mengelakkan serangan berulang.
Araghchi turut menegaskan bahawa sebarang penamatan perang mesti mengikut acuan Tehran.
“Kami mahu perang ini ditamatkan mengikut syarat kami sendiri,” katanya.
Sementara itu, laporan menyebut AS sedang menambah kehadiran tenteranya di Asia Barat, sekali gus meningkatkan kebimbangan berlakunya konflik lebih besar.
Iran pula memberi amaran akan membuka medan baharu, termasuk menyasarkan laluan perkapalan di Laut Merah, sekiranya berlaku pencerobohan darat oleh AS.
Program Ziarah Kasih: Fahmi santuni warga emas, pesakit terlantar di Seri Menanti
62 NADI Negeri Sembilan tawar latihan AI percuma
Hubungan diplomatik baik, politik stabil jamin bekalan tenaga: PMX
1.88 juta rakyat nikmati manfaat MySalam: Fahmi
Kerajaan tak kompromi perangi rasuah, SPRM terus diperkasa
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi