IRC 2026 perkukuh agenda digital selamat Malaysia: MCMC

July 21, 2026 · Isu semasa

Malaysia terus mengukuhkan komitmen membina ekosistem digital yang lebih selamat, dipercayai dan berdaya tahan menerusi penganjuran International Regulatory Conference (IRC) 2026 anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Persidangan selama dua hari yang membawa tema ‘Shaping the Next Digital Era: Regulation, Resilience and Trust’ itu menghimpunkan lebih 500 peserta serta 40 penceramah dari Malaysia, negara ASEAN dan beberapa negara lain bagi membincangkan cabaran serta hala tuju sektor digital global.

Sebanyak 10 sesi dialog diadakan merangkumi pelbagai isu penting termasuk keselamatan dan penipuan dalam talian, kecerdasan buatan (AI), perlindungan data, keselamatan siber serta akauntabiliti platform digital.

Menurut MCMC, kejayaan transformasi digital tidak hanya bergantung kepada kelajuan internet atau keluasan liputan rangkaian, sebaliknya turut diukur melalui tahap keyakinan rakyat terhadap keselamatan dan kebolehpercayaan perkhidmatan digital.

“Kejayaan transformasi digital tidak hanya diukur melalui kelajuan internet atau liputan rangkaian, tetapi sejauh mana rakyat berasa selamat, dilindungi dan yakin menggunakan perkhidmatan tersebut,” menurut kenyataan MCMC.

MCMC memaklumkan hasil perbincangan sepanjang IRC 2026 dijangka menjadi input penting dalam pembangunan dasar serta kerangka kawal selia negara, termasuk Dasar Infrastruktur Digital yang sedang dirangka kerajaan bagi meningkatkan daya tahan, kemampanan dan kesiapsiagaan infrastruktur digital negara.

Sebagai Ahli Majlis Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU), Malaysia turut komited memperkukuh kerjasama serantau dan antarabangsa dalam menangani cabaran rentas sempadan seperti penipuan dalam talian, penyebaran maklumat palsu, ancaman keselamatan siber dan tadbir urus data.

Menurut MCMC, penganjuran IRC 2026 juga menjadi platform untuk memperluaskan kerjasama global serta menggalakkan pendekatan kawal selia yang pragmatik, progresif dan berpaksikan kepentingan rakyat.

IRC merupakan persidangan antarabangsa yang menghimpunkan pengawal selia, penggubal dasar, pemain industri, ahli akademik dan pakar teknologi bagi bertukar pandangan mengenai cabaran serta peluang dalam era digital.

Penganjuran edisi 2026 mencerminkan usaha berterusan Malaysia memperkukuh kedudukan sebagai peneraju dalam pembangunan dasar digital yang selamat, inklusif dan diyakini di peringkat serantau.

Berita berkaitan
1,098 Pusat NADI sasar pecah rekod MBOR dalam program Senam Sihat MADANI
14 jam lalu· Isu semasa
Doktor terpedaya pelaburan online, rugi RM558,000
16 jam lalu· Isu semasa
Karnival Internet Selamat himpunkan lebih 500 penduduk Kalabakan
August 15, 2026· Isu semasa
Internet selamat bermula dari rumah: Fahmi
August 8, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Ulama tampil bincang RCI Tabung Haji, gesa amanah pendeposit dibela
8 jam lalu · Isu semasa
AUKU mansuh, Anwar mahu mahasiswa bebas bersuara
14 jam lalu · Isu semasa
Anak nafi dakwaan tular Abdul Azeez ditahan SPRM
17 jam lalu · Isu semasa
Lapan penerbangan dilencongkan selepas insiden helikopter di Subang
August 15, 2026 · Isu semasa
Empat bekas pengurusan kanan TH ditahan SPRM: Laporan
August 15, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
7 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok