Istana Negeri Sembilan: Ismail perlu buktikan sokongan majoriti untuk kekal MB

November 20, 2026 · Politik

Ismail Lasim perlu membuktikan masih mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sekiranya mahu terus kekal sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.

Istana Negeri Sembilan menegaskan perkara itu perlu diselesaikan mengikut konvensyen serta peruntukan Perlembagaan Negeri Sembilan, dan menolak dakwaan pihak istana meminta Ismail terus memegang jawatan berkenaan.

Pengelola Bijaya Diraja, Azizi Mohamad Ali berkata, perkara itu antara isu yang dibincangkan ketika Ismail menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Hinggap, pagi ini.

Menurutnya, Ismail memaklumkan kepada Tuanku Muhriz beliau tidak pernah menyerahkan surat peletakan jawatan bertarikh 16 November lalu atau memberi kebenaran kepada mana-mana pihak untuk menyerahkannya kepada istana.

Perkara sama turut ditegaskan Ismail dalam sidang media selepas pertemuan berkenaan.

Azizi berkata, pihak istana sebelum ini sudah menjelaskan pada 17 November lalu bahawa peletakan jawatan Menteri Besar hanya berkuat kuasa selepas mendapat perkenan Tuanku Muhriz.

“Pihak istana tidak meminta beliau kekal sebagai Menteri Besar. Oleh kerana beliau sendiri menyatakan tidak meletak jawatan, maka adalah tidak tepat dan tidak berasas dari segi fakta untuk mengatakan pihak istana mahu beliau kekal dalam jawatan itu.

“Pihak istana akan mematuhi sepenuhnya konvensyen dan peruntukan perlembagaan, dan Ismail Lasim mesti membuktikan bahawa beliau masih mendapat sokongan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain membuktikan sokongan majoriti, Ismail juga perlu mengemukakan senarai cadangan anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) untuk pertimbangan Tuanku Muhriz.

Azizi berkata, tarikh persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) serta pembentangan Belanjawan Negeri Sembilan akan ditentukan mengikut peruntukan perlembagaan selepas semua perkara berbangkit diselesaikan.

Terdahulu, Ismail berkata Tuanku Muhriz menitahkan beliau meneruskan tugas sebagai Menteri Besar bagi memastikan kelangsungan pentadbiran negeri.

Kontroversi kedudukan Menteri Besar itu tercetus pada 16 November lalu apabila Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Zambry Abd Kadir mengumumkan Ismail telah meletakkan jawatan.

Zambry mendakwa Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi menerima salinan surat peletakan jawatan yang dikatakan dialamatkan kepada Tuanku Muhriz.

Bagaimanapun, Ismail menafikan menyerahkan surat berkenaan, sekali gus mencetuskan persoalan mengenai kedudukan sebenar kepimpinan kerajaan negeri.

Perkembangan terbaharu ini menunjukkan kedudukan Ismail sebagai Menteri Besar masih memerlukan penyelesaian dari sudut sokongan majoriti dan proses perlembagaan negeri.

Berita berkaitan
Ismail Lasim dirawat di hospital, keadaan semakin pulih: Bernama
3 jam lalu· Politik
Polis siasat laporan berhubung surat peletakan jawatan Ismail
23 jam lalu· Isu semasa
Kemelut Negeri Sembilan: PH tunggu Ismail buktikan majoriti, patuh titah Tuanku
November 21, 2026· Politik
Tuanku Muhriz bertitah mahu UKM perkukuh integriti dan tadbir urus
November 21, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Saifuddin: Minit pengampunan Najib perlu untuk afidavit AGC dan dinyahklasifikasi
3 jam lalu · Politik
Zahid janji GST kembali jika BN kuasai Putrajaya
3 jam lalu · Politik
Konvensyen Amanah lulus usul bantah tahanan rumah Najib
3 jam lalu · Politik
Isu transaksi Jho Low: BNM diminta bertindak terhadap Deutsche Bank
11 jam lalu · Politik
PAS tidak berhasrat sertai PH untuk hadapi PRU-16: Idris Ahmad
23 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok