Na'imah Abdul Khalid.
Na’imah Abdul Khalid menolak sekeras-kerasnya dakwaan yang mengaitkan dirinya dengan sebarang usaha untuk menjatuhkan kerajaan, menyifatkan tuduhan tersebut sebagai tidak berasas dan tidak masuk akal.
Na’imah, isteri kepada bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Daim Zainuddin, berkata dakwaan itu bukan sahaja melucukan, malah seolah-olah mengulangi skrip lama politik negara.
“Dakwaan bahawa saya cuba menggugat atau menjatuhkan kerajaan adalah sesuatu yang melucukan dan mengingatkan kepada tuduhan-tuduhan lampau mengenai usaha menjatuhkan kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Beliau turut menafikan cubaan mengaitkan dirinya dengan laporan media antarabangsa oleh Bloomberg yang menyentuh isu melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki.
Menurutnya, tuduhan tersebut tidak bertanggungjawab dan menghina profesionalisme pengamal media.
“Tidak pernah sekali pun saya terlibat dalam mempertimbangkan atau menyokong sebarang usaha untuk menggugat atau menjatuhkan kerajaan yang dipilih,” tegasnya.
Isu berkenaan timbul selepas Ketua Polis Negara, Mohd Khalid Ismail, mengesahkan pihak berkuasa sedang menyiasat dakwaan wujud cubaan mensabotaj kestabilan negara.
Siasatan itu dilaporkan membabitkan seorang individu berpengaruh tempatan yang didakwa mempunyai kaitan dengan sebuah agensi media antarabangsa.
Na’imah bagaimanapun menegaskan tidak pernah terlibat, malah tidak pernah mempertimbangkan sebarang bentuk tindakan yang boleh menjejaskan kestabilan kerajaan yang dipilih rakyat secara sah.
Kes saman Rosmah: Saksi dedah wang, barang kemas bertaburan dalam serbuan Pavilion
Tangguh PRN: Mat Maslan jelaskan itu pandangan peribadi
Rosmah nafi hilangkan barang kemas dari Lubnan
AMK Johor cadang tangguh PRN, fokus bantu rakyat hadapi krisis
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan