Ringgit dibuka tinggi menjelang PRN Negeri Sembilan: Bernama

July 27, 2026 · Isu semasa

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Isnin, disokong oleh sentimen domestik yang positif menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan tetapi pendekatan pelabur berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) mengehadkan kenaikannya.

Pada 8 pagi, mata wang tempatan mengukuh kepada 4.0830/0930 berbanding dolar AS daripada 4.0885/0935 semasa ditutup pada Jumaat lepas.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata peserta pasaran akan memantau sejauh mana pilihan raya negeri itu mempengaruhi landskap politik negara, terutamanya menjelang hari pengundian di Negeri Sembilan.

Pengundian awal bagi PRN Negeri Sembilan adalah pada Selasa (28 Julai) manakala hari pengundian ditetapkan pada 1 Ogos.

Beliau berkata mata wang tempatan dijangka mendapat sokongan daripada perkembangan domestik manakala faktor luaran terus mendominasi sentimen pasaran.

“Kami menjangka sentimen pasaran akan kekal berhati-hati menjelang mesyuarat FOMC pada 28 hingga 29 Julai ini. Kebarangkalian kadar faedah meningkat adalah tinggi dan ini mengukuhkan nilai dolar AS.

“Harga minyak kekal tinggi dan berpotensi memberi tekanan ke atas inflasi. Ini akan memberi impak kepada Kadar Dana Persekutuan.

“Oleh itu, dagangan ringgit dijangka kekal berhati-hati,” katanya.

Beliau berkata ringgit dijangka diniagakan antara RM4.09 dan RM4.10 hari ini.

Pada sesi pembukaan, ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama tetapi rendah berbanding pound.

Ia mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.4956/5018 daripada 2.4976/5008 semasa ditutup pada Jumaat lepas, meningkat berbanding euro kepada 4.6530/6644 daripada 4.6556/6613, bagaimanapun menurun berbanding pound kepada 5.4516/4650 daripada 5.4442/4509 sebelum ini.

Mata wang tempatan bercampur-campur berbanding mata wang serantau.

Ringgit meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 227.3/227.9 daripada 227.6/227.9 semasa ditutup pada Jumaat lepas dan mengukuh berbanding peso Filipina kepada 6.60/6.62 daripada 6.61/6.62.

Bagaimanapun, mata wang tempatan rendah berbanding baht Thailand kepada 12.1431/1790 daripada 12.1414/1606 dan menurun berbanding dolar Singapura kepada 3.1676/1756 daripada 3.1667/1708 semasa ditutup pada Jumaat lepas. – Bernama

Berita berkaitan
Saifuddin: Polis buka kertas siasatan, dakwaan Ismail dipaksa jadi perhatian
September 14, 2026· Isu semasa
DKU: Tuanku Muhriz kekal bertakhta, proklamasi penurunan tak sah
September 14, 2026· Isu semasa
Runding PAS, jangan sampai UMNO Terengganu tergadai: Razif
September 12, 2026· Politik
Ismail akan berjumpa Zahid, jelaskan dakwaan dipaksa tandatangan
September 10, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
FGV lantik firma audit bebas, semak isu tadbir urus
1 jam lalu · Isu semasa
Saifuddin mahu elaun RELA RM8 disemak segera
4 jam lalu · Isu semasa
Lawatan sulung PMX ke Maldives beri momentum baharu hubungan dua hala: Bernama
5 jam lalu · Isu semasa
PMX temui Mufti Besar India, fokus usaha perkukuh keharmonian agama
15 jam lalu · Isu semasa
PKR sokong gesaan Anwar supaya dunia bertindak terhadap Israel
15 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok