Isu Kultus Korea: Saifuddin beritahu polis akan beri taklimat minggu ini

January 8, 2026 · Isu semasa

Maklumat terperinci berhubung isu kultus dari Korea Selatan yang tular kebelakangan ini akan dikongsi selepas taklimat minggu ini, kata Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata maklumat sahih hanya akan dikeluarkan selepas menerima taklimat khusus daripada Bahagian Ancaman Ekstrimis Sosial E2, Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) nanti.

“Saya dijadualkan minggu ini untuk ditaklimatkan oleh Cawangan Khas, khususnya bahagian E2. Dalam perkara seperti ini, saya lebih cermat dan berhati-hati. Saya tidak mahu memetik sumber yang pelbagai.

“Pihak yang paling berautoriti ialah E2 kerana kerja hakiki mereka adalah mengesan apa juga bentuk ajaran salah atau ajaran sesat,” katanya pada sidang media selepas majlis Amanat Tahun Baharu 2026 Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya hari ini.

Beliau menghargai keprihatinan orang ramai terhadap isu berkenaan dan memberi jaminan bahawa perkembangan selanjutnya akan dikongsi selepas sesi taklimat rasmi diterima.

Sebelum ini, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mendakwa wujud gerakan kultus menyimpang dari Korea Selatan yang aktif di Malaysia.

Semalam, Saifuddin Nasution dilaporkan berkata pihaknya masih dalam proses mengumpul maklumat berhubung dakwaan kewujudan kultus dari Korea Selatan. – Bernama

Berita berkaitan
Polis panggil sanusi, pemimpin UMNO bantu siasatan
17 jam lalu· Isu semasa
PKR tidak perlu bersaing politik identiti
July 27, 2026· Politik
14 kertas siasatan dibuka sepanjang kempen PRN Negeri Sembilan
July 26, 2026· Politik
PRN NS: Polis siasat dua lagi kes disyaki langgar undang-undang pilihan raya
July 21, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
PRN NS: Waspada maklumat palsu menjelang hari pengundian
10 jam lalu · Isu semasa
Malaysia kini hanya 7.1 peratus lagi ke status negara berpendapatan tinggi
14 jam lalu · Isu semasa
38 Pusat undi awal PRN Negeri Sembilan ditutup
14 jam lalu · Isu semasa
560 kes kandungan memudaratkan berjaya diselesaikan MCMC
15 jam lalu · Isu semasa
SPRM jejak dokumen pelaburan KWAP di tiga negara
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Rekod Tok Min sukar ditandingi, ‘hantu DAP’ jadi modal UMNO-PAS
16 jam lalu
[VIDEO] Peguam PH dakwa kenyataan Asyraf Wajdi boleh kelirukan rakyat, gesa PDRM dan SPR siasat
July 27, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok